Wednesday, July 13, 2011

SAH EKIN HAMIL 7 MINGGU...TAHNIAH MAWI/EKIN (3 TAHUN PENANTIAN)

13/07/2011-03:12pm
Tahniah Mawi dan Ekin!!!
Tumpang gembira kepada penyanyi dan ikon yang ku hormati Asmawi Ani atas berita kehamilan isterinya.Semuga Allah memelihara kandungan beliau sehingga ke saat kelahirannya!
Berkat umrah
Berkat doa di hadapan Kaabah, akhirnya isteri kepada penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi, yang juga seorang pelakon, Norasyikin Abdul Rahman atau Ekin disahkan mengandung enam minggu.
Source/read more here:http://www.hmetro.com.my/articles/Berkatumrah/Article
___________________
Ekin Mengandung Tujuh Minggu, Mawi Sangkal Jual Banglo
Rabu Julai 13, 2011


BAHAGIA...Mawi dan Ekin mengharapkan kehadiran cahaya mata selepas dua kali keguguran.
http://www.hmetro.com.my/articles/Berkatumrah/Article

KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu.
Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu.
"Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.
"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa.
Jelas Mawi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat secukupnya dan tidak banyak bergerak.
"Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali," tambahnya.
Ketika ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu,
"Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat," katanya yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya tentang khabar angin bahawa dia ingin menjual rumah banglonya yang terletak kawasan kelab golf di Bangi, Mawi berkata ia adalah tidak benar sama sekali.
"Saya tidak pernah terfikir untuk jual rumah saya itu. Gosip tersebut tidak benar sama sekali," katanya menjawan desas desus berkenaan berikutan prestasi kerjayanya yang dilihat semakin merudum.
Surce:http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/7/13/mstar_hiburan/20110712182008&sec=mstar_hiburan


____________________Isteri Mawi sah mengandung!!!__End__
Terkini!!!

MY fren link-cerita baru-klik!!

Menarik! Mesti Baca!!Klik!!



Ada pertanyaan!!!!
Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

tahniah & selamat bergelar ibu & bapa :)

lagenda said...

Sonok ye ling bila tgk nk dpt baby..

Err ko bila nak produce yg TERbaru plak?