Friday, August 5, 2011

"ADA AKU KESAH"-AMIRULHADI ZAINAL


05/08/2011-12:42am

Betul juga..lantaklah,bukan luak pun...tapi yang bawa mulut tu kena ingat....doa kalau ramai sangat yang minta akan menjadi...apapun jom main bola jangan pedulikan perkara remeh tu..apamacam abang Safee?

______________________________

Tak ada faedah!

2011/08/04


AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.
“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.



“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.
_________________________________________

Member Lama:(penjual kek lapis Sarawak)

Kek Lapis Sarawak Menggunakan "Golden Churn" Diharamkan
Klik link di bawah untuk baca lebih lanjut

KAMI TIDAK MENGGUNAKAN BUTTER "GOLDEN CHURN"



Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 

“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.” 



Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takadafaedah_/Article

___________Ada aku kesah!!!______End

MY fren link-cerita baru-klik!!

CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: