12/08/2011-07:11pm
Selamat berbuka di Ramadan yang ke 12...Alhamdulillah...harapan agar negara kita juga murah rezki dan dapat mencipta peluang pekerjaan dengan banyak....
________________________________
ECER: RM2 bilion untuk pelaburan Bioteknologi Perindustrian
2011/08/12
PUTRAJAYA: Malaysia mendapat satu pelaburan bioteknologi perindustrian RM2 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) apabila CJ Cheiljedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis hari ini mengumumkan penubuhan loji bio-metionina yang pertama di dunia dan platform tiokimia yang pertama di Asia, di Zon Ekonomi Khas ECER (SEZ), Taman Polimer Kertih, Terengganu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menyaksikan pengumuman itu, berkata projek itu dijangka menjana kesan limpahan yang ketara dan menggalakkan aktiviti ekonomi baru seperti penjanaan wap menggunakan sumber diperbaharui.
Najib berkata, projek itu dijangka menjana kira-kira RM20 bilion jualan kumulatif menjelang 2020 dan menyediakan peluang pekerjaan yang besar kepada hampir 500 pekerja berpengetahuan tempatan.

"Projek itu akan menjadi rangsangan yang ketara kepada ECER dan khususnya SEZ itu," kata Najib pada majlis pengumuman antara CJ-Arkema, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) dan Majlis Pembangunan ECER (ECERDC).BiotechCorp dan ECERDC adalah pencadang utama projek itu.
CJ Cheiljedang adalah peneraju pengeluar produk berasaskan penapaian seperti asid amina makanan, monosodium glutamat dan nukleotida dengan mempunyai operasi pengeluaran dan perniagaan global di enam benua manakala Arkema adalah syarikat kimia global dan peneraju pengeluar kimia Perancis.
Loji pengeluaran 80,000 tan metrik bio-metionina dan platform tiokimia itu akan dibina di atas tapak seluas 70 hektar tahun depan dan akan beroperasi pada 2013.
Ini akan menjadi pencapaian bagi industri bahan tambahan makanan global kerana bagi pertama kalinya, pengeluaran bio-metionina akan menyatukan kedua-dua bioteknologi canggih dan kimia gunaan.
Bio-metionina adalah belerang asid amino yang banyak digunakan bagi makanan haiwan di Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John, berkata loji itu bernilai kira-kira AS$400 juta.
Issace juga menyatakan bahawa ECERDC mensasarkan untuk menjana pelaburan tahunan kira-kira RM5 bilion.
"Bagi tahun ini, kami akan menerima pelaburan melebihi sasaran kami menjelang Oktober," katanya sambil menyatakan bahawa projek bernilai kira-kira RM20 bilion, daripada RM48 bilion yang diperolehi sehingga ini, sudah dilaksanakan. - BERNAMA

___________________ECER LABUR RM2BIL____End
Up-dated Story-Klik here- Juadah berbuka Puasa: Set istimewa sempena Ramadan iaitu XXXcellent Chicken Rice Combo di A&W
- Bersih 2.0 : Cadangan gelombang Bersih 3.0 sedang belum di bincangkan, masih menunggu respon dari Puterajaya
- Kisah percintaan Fida dan Mamat Sepah bermula dari tandatangan
- Isu Penyiaran Artikel juadah Ramadan dengan masakan daging khinzir|Artikel Ramadan Delights
- [info terkini]Remaja koma selepas di baling topi keledar oleh polis di Perlis
- Hajat remaja menjadi pelajar UMT musnah apabila terbunuh dalam perjalanan ke Surau
- Dikejutkan oleh buaya semasa sahur
- Bukan saja dirogol dan disamun tapi turut di simbah asid
Menarik! Mesti Baca!
- Gambar sekitar Rusuhan Di Britain 2011
- Muhammad Asyraf Haziq Rosli Selamat Jalani Pembedahan
- Guru Agama Liwat Pelajar
- Bapa Subahat Anak Khalwat Di Rumah
- The Star Siar Juadah Berbuka Daging Khinzir?
- Fida & Mamat Sepah Rapat? Wow!
- Ana Dahlia Bakal Dilamar Chef Riz (Anak Chef Wan)
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
2 comments:
wow
berbillion tu
Hans ;alhamdulillah...maju Malaysia tanahairku!
Post a Comment