Wednesday, August 3, 2011

IDA NERINA KEMBALI AKTIF (SELEPAS KEMALANGAN 2009)

03/08/2011-05:45am
Minat juga kat dia nie.....masa dulu2lah...huhu
_________________________
Ida Nerina Kembali Berlakon Filem
Rabu Ogos 3, 2011






PETALING JAYA: Pelakon Ida Nerina (gambar) kembali aktif dalam industri seni tanah air dengan melakonkan watak Jah menerusi filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Menurut Shuhaimi, pelakon itu yang sebelum ini mengalami kecederaan pada tulang belakang selepas insiden kemalangan di rumahnya pada Jun 2009 bersetuju untuk melakonkan watak yang diberikan dan telah menjalani penggambaran pada bulan lalu.
“Setiap kali membikin filem, pasti saya teringat pada Ida Nerina. Saya selesa bekerja dengan Ida yang pernah berlakon dalam beberapa filem arahan dan terbitan saya sebelum ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 dan 1957 Hati Malaya.
“Saya tertarik dengan cara persembahan lakonannya dan kredibiliti Ida sebagai seorang pelakon yang versatil dalam melakonkan setiap watak,” katanya kepada mStar Online.
Biarpun watak Jah yang dilakonkan oleh Ida hanya sekadar pelakon undangan, Shuhaimi yakin kemunculan wanita itu pasti memberikan impak kepada penonton.
“Saya pasti para penonton pasti menanti-nantikan kemunculan semula Ida di layar perak. Walaupun tidak melakonkan watak utama, tetapi Ida tetap memberikan lakonan yang mantap dan bertenaga,” kata Shuhaimi yang cuba seimbangkan antara watak utama dan watak pembantu dalam filem tersebut.
mStar Online cuba mendapatkan Ida, namun dia enggan ditemu bual.
Tanda Putera mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Filem yang menelan belanja RM4 juta itu turut dilakonkan oleh Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Kamarulzaman Taib atau Che' Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar).
Shuhaimi turut mengundang pelakon lain seperti Fizz Fairuz, Kavita Kaur, Zoey, Ika Nabila dan Alan Yun.
Jelasnya, filem yang memilih Ipoh, Perak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sebagai lokasi penggambaran ini turut menggunakan teknik janaan komputer (CGI) sebanyak 40 peratus untuk memberi kesan kepada imej bangunan lama.
Tanda Putera dijangka ditayangkan di pawagam pada pertengahan 2012.
_______ida Nerina aktif kembali_End
TERKINI!!!MY fren link-klik!!


CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!




Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

4 comments:

Unknown said...

antara pelakon yg gua minat kesian die kena cerai takperla ini masanya nak buktikan yang ida boleh berjaya lagi.

eddy syrol said...

ada pengarah ckp dia ni kalau berlakon filem, dialog mcm sedang berlakon teater... huhuhhu...persepsi masing2 kan...

sini BACA DAN CLICK TAU

Unknown said...

duit byk pun berlakon lg ka??

ASSOYFINGER67 said...

perondajaketbiru74;aku suka dengar dia berdialog...

eddy syrol;bagi aku itu penampilannya yang semulajadi dan sikit gedik haha

abah khalisha:duit dan populariti adalah sesuatu yang berbeza...:D