03/08/2011-12:37am
Langkah wajar dalam mengekang fitnah musuh2 Islam...
____________________________
Buku “Islam Evil in The Name of God” dilarang
02/08/2011 4:12pmpic source:http://eiz1004.upprofits.com/penerbitan-buku-islam-evil-god-dilarang/
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk “Islam Evil in The Name of God” kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Aziz Mohamed Nor, berkata fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.
"Penerbitan ini nyata sebahagian daripada propaganda anti-Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.
"Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, pewartaan perintah larangan ini adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan adalah menjadi satu kesalahan menurut subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut.
Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama
Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
____________Islam evil in the name of God is liar/anti islam agenda_____End
TERKINI!!!MY fren link-klik!!
CERITA BARU
- Kemalangan Maut di Tapah : Isteri seorang anggota polis PGA antara yang terkorban
- Apa itu penyakit darah tinggi?
- Kepala wanita hancur digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Bukit Beruntung
- Juadah Berbuka Puasa : Set Ramadan Papa Johns
Menarik! Mesti Baca!
- FELDA Bagi Duit Raya RM42.6 Juta Kepada Peneroka!
- Mati Dipukul Kerana Kutuk Di Facebook
- Layanan Ala Banduan? |Program Motivasi Di Penjara Kluang
- Puasa Datang! Puasa Datang!
- Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
0 comments:
Post a Comment