Saturday, August 20, 2011

IKLAN SEKSI HARI RAYA AIDILFITRI-PENGURUSAN NURUL MINTA MAAF

20/08/2011-07:05am
Salam 20 Ramadan.
Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar
Tang nie aku tak tahan nie....kenapa manusia bab2 macam nie pun cakap tak salah...tak salah kat dunia jer kot...habih tu kalau orang suruh,ikut jerlah..hyeeee.
_________________________
Iklan Seksi, Pengurusan Nurul Minta Maaf
Sabtu Ogos 20, 2011


Nurul Wahab
PETALING JAYA: Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Paparan iklan promosi raya yang menunjukkan gambar Nurul berpakaian seksi.
Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.
"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.
Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.
Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan.
_________Iklan Ramadan seksi_____End
CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!



Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

5 comments:

Jumir said...

Hmmm....ayat artis ni memang pelik2....takkan bln pose jer nak kena jaga aurat.

norehan said...

Artis-artis...dah ambil gambar seksi lepas tu mengaku tak bersalah. Pelik lah.

Rain said...

--> "Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut,"


memang betol lah org kata, lebih baik diam dari bercakap, kdg2 bila berckp menunjukkan kedangkalan akal sendiri!!

ASSOYFINGER67 said...

Jumir & norehan & Rain;mari kita doakan agar kita dan mereka akan mendapat hidayah ...sentiasa doakan saudara 2 kita...

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie said...

statement artis ni mmg pelik..