Saturday, August 20, 2011

PINGAT PERTAMA SELEPAS TUJUH HARI-PANDELELA BERJAYA PUNGUT PERAK DI UNIVERSIADE 2011(VIDEO)

20/08/2011-12:59am
Salam 20 Ramadan.
Gembira juga bila ada orang Malaysia menang,tak kira siapa dia..hoyehhh!





__________________________

Tahniah Pandelela

20 Ogos 2011
PANDELELA menceriakn kem Malaysia semalam selepas kejayaan meraih pingat perak dalam acara 10 meter platform semalam.


SHENZHEN - Selepas tujuh hari menanti, ratu terjun negara, Pandelela Rinong akhirnya menyuntik kegembiraan buat kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.
Pada aksi di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen semalam, Pandelela membuktikan statusnya selaku penerjun terbaik dunia apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara 10 meter platform.
Pada aksi final tersebut, penerjun berusia 18 tahun dari Sarawak ini berjaya mengumpul 381.75 mata, sekali gus menepati ramalan yang disandarkan kepada dirinya untuk muncul sebagai atlet pertama menjadi penyumbang pingat.
Pingat emas dalam acara itu menjadi milik penerjun Mexico yang juga bekas juara dunia, Paolo Espinoza yang hanya mengatasi Pandelela dengan kelebihan 3.50 mata, manakala penerjun tuan rumah, Wang Xin di tempat ketiga (370.55 mata).
Sekiranya tidak melakukan kesilapan pada terjunan kedua, pingat emas sudah pasti menjadi miliki Malaysia.
“Selepas mengutip mata terendah pada terjunan kedua, jurulatih (Yang JhuLiang) memberitahu saya supaya tidak terlalu memikirkan kesilapan itu,” kata Pandelela selepas menyumbang pingat tunggal Malaysia itu.
“Jurulatih suruh saya fokus pada terjunan seterusnya dan saya gembira dengan kemenangan ini.
“Pungutan mata yang saya peroleh di sini lebih baik daripada apa yang saya lakukan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Shanghai, China pada bulan lalu.”
Tanpa kelibat juara dunia 2011, Chen Ruolin dan naib juara dunia, Hu Yadan dari China, saingan sebenar Pandelela datang daripada bekas juara dunia, Espinoza dari Mexico.
Tuan rumah yang menurunkan Chen Ni dan Wang Xin ternyata gagal mempamerkan terjunan konsisten untuk menyaingi Pandelela dan Espinoza dalam merebut dua tempat teratas.
Bagaimanapun, peluang Pandelela untuk merangkul pingat dikejutkan seketika apabila berada di tempat kelima selepas melakukan dua terjunan tetapi kembali mendapat rentak pada
terjunan ketiga (78.40 mata).
Dia akhirnya dapat menampilkan terjunan terbaik pada percubaan keempat untuk mengutip 84.80 mata, sekali gus berada di tangga kedua untuk mengekori Espinoza.
Pada terjunan terakhir, dia dapat mempertahankan kedudukan itu selepas mengutip 76.80 mata, jumlah yang sama dilakukan oleh Espinoza.
Terdahulu, pada aksi kelayakan, Pandelela bermula sedikit perlahan apabila berada di tempat ke-11 pada suatu ketika sebelum meraih tempat kelima dengan catatan 329.15 mata.
Pada aksi separuh akhir, dia beraksi lebih baik apabila mengumpul 356.30 mata, ketinggalan 10.30 mata di belakang Espinoza yang berada di tempat pertama.
Seorang lagi penerjun negara, Leong Mun Yee yang menghuni tempat kelapan pada pusingan kelayakan, mengambil keputusan untuk menarik diri bagi memberikan tumpuan kepada 10 meter platform seirama, bergandingan bersama Pandelela pada hari ini.
Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
_________________________Sukan Universiti dunia 2011___End
CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!



Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: