Wednesday, August 17, 2011

NORMAN, MEMEY EDAR KAD KAHWIN

17/08/2011-07:03pm
Selamat berkbuka!
Bertuahlah badan Norman yea...!
______________________
Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin
Rabu Ogos 17, 2011


Kad undangan perkahwinan Norman dan Memey sudah diedar.
PETALING JAYA: Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor.
Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.
“Kami telah edarkan 1,200 keping kad terlebih dahulu kepada rakan-rakan media, saudara mara dan akan mencetak sebanyak 2,000 keping lagi untuk diedarkan kepada tetamu jemputan yang lain.
“Sementara itu, jemputan untuk rakan-rakan artis hanya dibuat pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Kad undangan rekaan Luts Design ini memaparkan gambar eksklusif pasangan bakal pengantin mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan menggunakan jurugambar profesional Anas Easkey.
“Kita telah melakukan sesi fotografi pada beberapa bulan lalu dan gambar-gambar eksklusif itu telah tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini.
“Tapi biasalah perkara-perkara tersebut merupakan lumrah dan ia di luar kawalan kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, untuk majlis di Kota Tinggi, Ezuwan Ismail bertindak sebagai pereka busana bagi majlis akad nikah yang akan diadakan selepas Asar pada 24 September.
Majlis resepsi berkonsepkan dalam taman yang akan diadakan sehari selepas itu pula menampilkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen untuk majlis persandingan manakala Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.
Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur.
__________Normanemey sedarkad kahwin_______End
CERITA BARU


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

THE AUTHOR said...

WEDDING OF THE YEAR - DENGAR KHABAR

ASSOYFINGER67 said...

Hanif Idrus Blog;wedding of the year ..hooyeahhh!