Wednesday, August 10, 2011

PENUNTUT MALAYSIA DIBELASAH DI LONDON (VIDEO)


10/08/2011-06:59pm

Salam 10 Ramadhan. Assoyfinger67 mengutuk perbuatan ini dari masyarakat Barat yang dikatakan maju dan bertamadun...How dare you done that to our muslim brother...tengah berpuasa pulak tu....Haraf M.Asyraf bersabar dan anggap ini ujian dari Allah di bulan Ramadhan.

_________________________________

Penuntut Malaysia dibelasah, samun

IPOH 9 Ogos - Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain.
Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.
Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.


MUHAMMAD Asyraf Haziq Rossli, 20, (kanan) dipukul dan disamun perusuh di London, semalam. – Youtube
Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!!
Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjalani pembedahan membetulkan tulang rahang.
Menurut Dzuhair, Barking adalah salah satu kawasan tegang dan panas dalam beberapa siri rusuhan serta kekacauan sejak tiga hari lalu di London.
Katanya, Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) dan Kelab UMNO London kini berusaha memindahkan penuntut ke kawasan selamat.
Penuntut serta rakyat Malaysia yang terjejas dinasihatkan menghubungi MSD di UK atau Kelab UMNO UK di info@umnolondon.com atau talian +447435644040.

Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

___________Penuntut Malaysia di belasah diLondon--End

Up-dated Story-Klik here

CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

4 comments:

Rimau Sakti said...

nasib baik umur si ashraf tu nak panjang...dorg ni lebih tak bertamadun dari binatang...

ASSOYFINGER67 said...

paskal_garuda;diaorang kat negara kita bermaharajalela,kesana kemari tak ada orang kacau

Anonymous said...

jadi kita tahu Malaysia lebih selamat ... dan bersyukurlah .

ASSOYFINGER67 said...

touyakaruma;betul tu...biarlah ia selamat sampai bila2