02/08/2011-07:20pm
Tragedi di bulan Ramadhan,harap dapatlah diselesaikan dengan baik...Dawama nie syarikat Melayu yer....
Dalam keadaan macam nie kerajaan kena masuk campur dan jangan biarkan pekerja yang bergaji kecil nie tertindas!Masa nielah kita nak tengok siapa kawan dan lawan dan masa nielah kita rasa berbakti untuk syarikat kadang-kala merugikan.Bila nak guna punyalah berhemah tapi bila tak mahu dicampakkan macam tu ajer....gerammmmm(syarikat aku pun ada sikit2 feel nie)
________________________
380 pekerja tidak setuju
Rabu, 03 Ogos 2011
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneliti kemelut yang melanda syarikat konsesi penerbitan dan pengedaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Dawama Sdn Bhd, termasuk membantu kira-kira 380 pekerjanya yang diberikan notis tanpa gaji bermula semalam.
Timbalan Menterinya, Dr Puad Zarkashi ketika dihubungi Harian Metro berkata, seharusnya syarikat berkenaan menyelesaikan masalah itu dengan pekerjanya kerana mereka adalah sebuah syarikat swasta dan bukan di bawah KPM ataupun DBP, namun kementerian cuba membantu mereka.
Sebelum ini, laporan menyatakan DBP akan mengambil alih penerbitan enam juta naskhah ulang cetak buku teks sekolah rendah untuk 2012 berikutan masalah kewangan yang dihadapi syarikat yang dikatakan semakin buruk.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dilaporkan berkata, berdasarkan perjanjian, buku ulang cetak harus dicetak semula pada April dan diagihkan sebelum sesi persekolahan bermula tetapi syarikat itu gagal berbuat demikian menyebabkan DBP terpaksa mengambil alih.
Sementara itu, lebih 100 pekerja syarikat itu berkumpul secara aman di hadapan pejabat syarikat terbabit, semalam, membantah tindakan majikan mereka yang memberikan notis cuti tanpa gaji berkuat kuasa semalam, selain mendakwa tindakan itu dibuat tanpa persetujuan mereka.
Tinjauan mendapati kumpulan pekerja itu membawa sepanduk yang antara lain berbunyi ‘Cuti tanpa gaji menganiaya pekerja’ dan ‘Jelaskan KWSP dan Socso kami’.
Turut kelihatan di lokasi berkenaan, beberapa anggota polis termasuk dua kereta peronda mengawasi keadaan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
Presiden Kesatuan Pekerja Dawama, Zainal Awit berkata, pihaknya memohon kerajaan campur tangan berhubung kemelut yang melanda syarikat itu sejak tahun lalu sehingga mengakibatkan nasib pekerja syarikat itu termasuk di Sabah dan Sarawak tidak terjamin.
Related post:read:http://www.mummynemo.com/tag/kakitangan-dawama-sdn-bhd/
__________________Krisis DAWAMA S/B_______End
TERKINI!!!MY fren link-klik!!
CERITA BARU
- Apa itu penyakit darah tinggi?
- Kepala wanita hancur digilis beberapa kenderaan dalam kemalangan di Bukit Beruntung
- Juadah Berbuka Puasa : Set Ramadan Papa Johns
- Isu Norman Hakim dan Memey Suhaiza di bebaskan dari tuduhan berkhalwat: Pendapat beberapa individu
- Pemohonan Biasiswa JPA bagi program diploma/Ijazah dalam Negara(PIDN) di IPTA/IPTS bagi sessi 2011/2012
- Mayat seorang pelajar UIAM warga Afrika ditemui berulat di asrama kolej Bilal
- Skuad Harimau Malaya: 7 pelatih baru di senaraikan
- Akibat bisul yang lambat dirawat, Kanak Kanak buta mata kanan
- Kerana mengutuk hal peribadi di Facebook, lelaki mati dibelasah
- Datuk Salim Parlan memohon pengesahan berpoligami
Menarik! Mesti Baca!
- FELDA Bagi Duit Raya RM42.6 Juta Kepada Peneroka!
- Mati Dipukul Kerana Kutuk Di Facebook
- Layanan Ala Banduan? |Program Motivasi Di Penjara Kluang
- Puasa Datang! Puasa Datang!
- Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia
- Khairul Fahmi Putus Tunang | Apek Putus Tunang dengan Elia
- Syed Ahmad Meninggal Dunia | Seniman Negara 1995 Meninggal Dunia
- Selamat Menjalani Ibadah Puasa | Ramadan 1432H/2011M
- Video UFO Dirakam Di Forth Worth Texas
- Mohd. Ashraf Lelaki Memohon Untuk Bertukar Nama Wanita Meninggal Dunia
- Pemuda Yang Ditolak Untuk Bertukar Nama Aleesha Masuk ICU
- Kanak-kanak 10 Bulan Digilis Kereta Bapa
- FAM Mohon Maaf Kepada Chelsea | Berikutan Layanan Buruk Peminat
- Penyanyi Ameng Terlepas Hukuman Penjara
- Kematian Pembantu Rumah Bukan Sebab Didera
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
0 comments:
Post a Comment