Monday, August 8, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI KG. ORANG ASLI SUNGAI RUIL,TANAH RATA,CAMERON HIGHLAND 7 OGOS 2011

08/08/2011-06:32am
Salam Ramadhan 8..kadang2 manusia tidak sedar,merekalah punca takdir itu terjadi...


__________________________________
Selasa, 09 Ogos 2011

2 terselamat


2 terselamat

BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.
BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi.

CAMERON HIGHLANDS: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.
Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui.
Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.

Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.



Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan remaja perempuan, Strry Priry, 15.
ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.
ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.
Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar ke tempat kejadian.

Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat.

Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian.



______tamnah runtuh di cameron highland__End
Up-dated Story-Klik here

CERITA BARU



Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

3 comments:

Rain said...

takziah buat yang terlibat..

tragedi tanah runtuh selalu berlaku,
iktibar dari perkara lepas tak di ambil pengajaran.
kejadian yang sama masih berlaku..

mudah mudahan mereka yang meninggal di bulan ramadan ini diberkati dan diberi ganjaran yang baik di sana..

amin.

ASSOYFINGER67 said...

Rain ;Al fatihah buat merwka semua

Unknown said...

lagi tanah runtuh..cian betul la