Sunday, August 21, 2011

WAJAH BAHAGIA SARI YANTI MOHAMAD NAZARI

21/08/2011-07:42am

Sejenak bersama ibu yang ceria nie.....

_________________________

Semuanya untuk anak, suami

21 Ogos 2011

pix_middle 
ADA yang beranggapan aktres bermata bundar ini sudahpun mengucapkan selamat tinggal pada dunia lakonan. Apatah lagi, selepas mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Mohd Eddy Casmady pada Januari 2009 lalu, kehidupan Sari Yanti Mohamad Nazari lebih tertumpu kepada keluarga yang baru dibina.
Tidak ada desakan mahupun paksaan, Sari bijak menyusun kehidupan sebagai selebriti, isteri dan ibu. Sepenuh hatinya kini untuk keluarga. Itu yang diluahkan Sari tatkala pertemuan singkat dengan aktres yang mula dikenali melalui Kisah Kaisara di kediaman mentua di Subang Jaya, awal Ramadan lalu.
   
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • FotoSERASI...Sari dan mentuanya, Rotiah yang prihatin.
“Semasa mengandung anak pertama, saya mengalami alahan teruk sehingga membataskan aktiviti lakonan. Malah selepas bersalin sehingga bayi berusia lapan bulan, dia masih menyusu badan. Sekarang saya mengandung lagi, sebab itulah saya sudah tidak lama berlakon.

“Saya sebenarnya jarang buat drama sebab ia ambil masa lama. Terutamanya yang membabitkan episod panjang. Kadang kala saya terpaksa balik lewat sehingga jam 12 malam. Suami mungkin kata OK dan sokong kerjaya saya tapi sebagai isteri, saya rasa ralat sebab malu kalau pulang rumah selepas suami pulang.


“Kalau setiap hari isteri pulang lewat, suami pun boleh ‘tension’ kan? Lainlah kalau suami terpaksa ‘out-station’, mungkin rasa ralat itu kurang sikit “ kata ibu muda yang kini mengandung enam bulan.

Kali terakhir Sari beraksi ketika usia kandungan lima bulan dalam Cerekarama, Dia Bukan Ibuku yang ditayang TV3 baru-baru ini. Selepas itu, pengisian Sari lebih kepada aktiviti ‘hijau’ serta kebajikan yang tidak mengambil masa lama.

Pelakon Suria Di Cordoba yang kini ditayangkan di Astro Prima ini menyifatkan bidang lakonan bukan lagi keutamaan. Ada atau tidak, dia tidak kisah. Kalau diterjemahkan ke bahasa pasar, ‘berlakon sebab nak buat saja’. Bukan untuk berlebih-lebih mengejar populariti mahupun anugerah.
Foto

Bagi aktres kelahiran Kuala Pilah ini, jika kena pada masa dan kebetulan ada tawaran yang sesuai dengan keadaan, Sari tidak keberatan. Sang suami pula sering menyokong apatah lagi keluarga mentua. Pendek kata Sari mendapat lampu hijau daripada semua arah. Cuma, putaran hidupnya kini sangat tertumpu pada keluarga.

“Mereka memang sering menyokong kerjaya seni saya. Jika saya perlu ke lokasi, anak akan ditinggalkan pada ibu saya atau keluarga mentua. Apatah lagi anak kami cucu sulung kedua-dua keluarga, kasih sayang itu lebih sikit.

“Saya tidak suka beri tanggung­jawab menjaga anak kepada pembantu rumah. Tugas pembantu rumah hanya mengemas rumah saja. Sebenarnya saya lebih suka mengemas rumah sendiri, lebih puas hati. Tapi sejak mengandung saya terpaksa ambil pembantu rumah.
Foto
SERASI...Sari dan mentuanya, Rotiah yang prihatin.

“Walaupun adik beradik saya tidak ramai, saya mempunyai sepupu sepapat yang ramai dan kami macam sebuah keluarga besar. Tidak pernah sunyi dan meriah setiap kali semua berkumpul.

“Saya mahu mendidik anak-anak mengenali sepupu sepapat mereka. Sebab itulah kadang kala saya membawa anak ke rumah mentua supaya dia kenal semua saudara-maranya dan tidak kekok bila dah besar,” katanya yang menyimpan hasrat memiliki lima orang anak.

Dalam nada rancak berbual soal anak dan kepentingan hubungan keluarga, ternyata tegasnya meletak soal lakonan di tangga terakhir beralas. Sebabnya kukuh iaitu kerana dia kini memiliki tanggungjawab lebih besar untuk dipikul yakni suami yang dicintai dan anak yang disayangi. Ibu kepada Barr Al Aliy berusia satu tahun satu bulan ini akui kehidupan berkeluarga adalah pilihan paling utama dalam hidupnya kini.

Tapi di celah kenyataan itu, mungkin ada yang kurang senang. Masakan tidak, Sari dilihat kurang serius untuk meneruskan kerjaya lakonan. Dan alasan dia tetap akan terima tawaran jika ada peluang seolah kata-kata ‘perasan hebat’.
Lebih-lebih lagi ada segelintir pelakon baru dan lama terpaksa bersaing sengit untuk terus mendapat tempat di dalam industri.

Dengan nada tenang tapi penuh hemah, Sari akui dia sedar tanggapan itu mungkin ada. Apatah lagi ada pelakon yang menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama. Melalui sumber itu jugalah mereka gunakan untuk membayar bil, tanggungan, kereta, rumah dan sebagainya.

“Saya tak boleh nak tipu diri sendiri dan orang luar. Lakonan memang bukan keutamaan dan tidak menganggap ia sebagai punca pendapatan utama kerana saya masih ada cara lain untuk mencari rezeki.

“Kadang kala saya terfikir apabila menerima suatu tawaran berbaloi atau tidak untuk tinggalkan anak di rumah. Saya juga tidak nafikan ada orang lain cari rezeki melalui bidang ini ralat tapi tidak bagi saya,” jelasnya tenang.

Pada masa sama, dia juga menolak kemungkinan untuk bersara dek lampu hijau yang masih diberi suami.

Sari turut berkongsi pendapat mengenai bakat baru yang muncul. Malah SELEBRITI sengaja mengusik lagi, tidakkah dengan kehadiran bakat-bakat baru dalam industri menimbul sedikit rasa cemburu?

Telahnya mudah, mungkin ada yang terasa tapi pendiriannya tetap sama. Biarpun ramai yang muncul, Sari bersyukur tawaran lakonan tetap ada sehingga kadang kala tidak menang tangan. Banyak tawaran ditolak atas alasan sama, faktor anak dan keadaan fizikalnya yang sedang mengandung.

“Tapi betullah kata orang, kalau ada rezeki, adalah. Saya percaya pada rezeki yang ditetapkan Tuhan pada setiap hamba-Nya. Mungkin ada yang ralat dengan lambakan artis baru. Saya ada keluarga, saya nak jaga keluarga saya. Itu tumpuan utama saya. Jika ada tawaran yang ‘singgah’ baru saya terima mengikut kesesuaian,” kata Sari lagi.

Sambutan Aidilfitri kali ini ternyata suasana berbeza untuk dirinya. Pantas dia memberi perbezaan sambutan hari raya sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Katanya, tahun pertama menyambut sebagai isteri, tahun kedua pula sambut dengan anak pertama dan tahun ini pula hamil lagi.

Mata bundarnya bagai bercahaya setiap kali berbicara soal anak dan suami. Malah dia juga bersyukur dikurniakan mentua yang prihatin dan ‘sporting’.

“Ada orang tatkala bersama keluarga mentua suka ‘cover-cover’. Tapi dengan saya selamba saja buat macam kawan, berkongsi minat dan pendapat. Rumah saya pun dekat dengan rumah mentua.

“Sepanjang puasa, saya selalu juga menghabiskan siang hari di rumah mereka. Hanya apabila petang barulah saya pulang ke rumah sendiri untuk persediaan memasak juadah berbuka untuk suami.

“Pada hari raya pula, sesekali keluarga mentua juga akan datang beraya ke kampung saya di Kuala Pilah. Lagipun datuk dan nenek sebelah suami sudah tidak ada lagi malah saudara-maranya pun sudah bermastautin di sini. Mungkin kerana kemeriahan suasana kampung yang masih segar, mereka suka bertandang ke kampung saya,” kata Sari bersyukur mendapat Rotiah Yusof dan Che Hussin Che Omar sebagai mentua.

Mungkin kerana keluarga mentua yang jarang beraya di kampung halaman mereka di Kelantan, Sari dan suami tidak pernah merancang untuk bergilir pulang menyambut raya. Sesungguhnya Sari sangat beruntung.

Selain bahagia dengan kehidupan keluarga yang dimiliki kini, dia juga tetap sama seperti dulu, rendah diri dan penuh rasa tanggungjawab.

Source/see more pic::http://www.hmetro.com.my/articles/Semuanyauntukanak_suami/Article/artikelMA

_____________Sari ______________End

CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!



Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/


2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

suke ngan dia ni, masa mula2 dia nk kawin dl, x sangka dia dh berumor 20an, ingat br lepas SPM :)

ASSOYFINGER67 said...

amik gambarpun ..cantik cool ngan baju warna tu,tak pakai barang kemas pun...mungkin fasal anak dia kot...tapi nampak kesederhanaan dalam
riak wajahnya..moga jodoh kekal hingga akhir hayat.