03/09/2011-01:43am
Salam Syawal ke 4.
Al Fatihah buat arwah....
______________________________
Jurukamera BERNAMATV maut ditembak di Somalia
2011/09/02
KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini. Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya."Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JurukameraBERNAMATVmautditembakdiSomalia/Article
_____________jurukamera Bernama TV ditembak _______End
MENARIK! MESTI BACA!
- Jurukamera Bernama Terbunuh Di Somalia
- Kanak-kanak Perempuan Terbunuh Digilis Bas
- Kesihatan Azizan | Tegas Boleh Jalankan Tugas Menteri Besar
- Polis Siasat Kelajuan Ambulans Di Jalan Raya
- Aplikasi Telefon “My Distress” | Lebih 23,000 Pengguna Daftar
- 800 Ribu Peminjam PTPTN Tukar Ke Sistem Ujrah
- Tembak Pelajar Kolej Swasta | Tiga Polis Ditahan
- Enam Suspek sedang Tebuk Dinding Kedai Pajak Ditahan
2 comments:
Innalillah hiwainna ilaihirajiun....... Mg rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh....Aminnnnnn
P/s : selamat hr raya soy....
Melati Qistyna's Mummy;Selamat hari raya juga buat kao,maaf zahir batin..:)
Post a Comment