03/09/2011-11:08am
Salam 5 Syawal....
___________________
Pengganas ‘intai’ Singapura
2011/09/03
Kabel diplomatik AS anggap bank Kota Singa beri peluang kepada pelampauSINGAPURA: Kota Singa adalah satu ‘destinasi menarik’ bagi kumpulan pengganas menyalurkan wang kerana bank republik itu menguatkuasakan undang-undang sulit perbankan yang ketat sebagai hab kewangan serantau, dakwa kabel diplomatik Amerika Syarikat yang disiarkan WikiLeaks, semalam.
Kabel diplomatik itu adalah daripada kedutaan Amerika di Singapura bertarikh 2005 dan dikelaskan sebagai ‘SULIT’ menyifatkan republik itu sebagai berisiko ‘sederhana’ sebagai tempat untuk kumpulan pengganas menyalurkan dana.
“Kedudukan Singapura sebagai pusat pelaburan dan kewangan penting ditambah dengan penguatkuasaan undang-undang sulit perbankan dan tidak menggunakan syarat laporan mata wang ketat menambah tarikannya sebagai destinasi pertubuhan pengganas,” kata kabel itu.
Kabel itu yang disiarkan di laman web WikiLeaks semalam ditandatangani duta Amerika ke Singapura ketika itu, Frank Lavin.
Pada masa sama, ada juga faktor lain yang menjadi penghalang kepada pengganas bergiat aktif mengumpul dana atau menggunakan bank Singapura iaitu undang-undang anti penyaluran wang haram dan pembiayaan pengganas, kata kabel itu lagi.
Pegawai Singapura tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan segera.
Bagaimanapun, tahun lalu, dalam satu ucapannya, Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam berkata, pihak berkuasa sudah mewujudkan rejim yang kuat membabitkan beberapa agensi kerajaan bagi memerangi kegiatan penyaluran wang haram dan pembiayaan pengganas.
Sejak 2006, Singapura tidak memerlukan perjanjian dua hala untuk memberi bantuan kepada negara lain yang meminta maklumat mengenai urus niaga mencurigakan kerana wujudnya kerjasama lebih baik pada peringkat antarabangsa, kata menteri itu.Unit Perisikan Kewangan Singapura juga berkongsi maklumat secara aktif dengan rakannya dari negara luar, kata Shanmugam lagi.
_____________________________________________
Hot!!!(klik)
Permohonan online ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
_____________________________________
Selain itu, badan antirasuah global, Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) menetapkan Singapura mematuhi 43 daripada 49 cadangan mencegah penyaluran wang haram dan pembiayaan pengganas, kata agensi pembanteras jenayah kolar putih republik itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial.
Pada 2001, Singapura melumpuhkan satu kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) selepas menahan beberapa orang yang terbabit dalam komplot mengebom sasaran tempatan dan asing. – AFP
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengganas__8216_intai__8217_Singapura/Article/
______________pengganas intai Singapura____End
CERITA BARU
- Taman Pengkalan Batu tumpuan pelajar ponteng
- Majikan kurung pembantu rumah seminggu di Taman Pandan Indah
- Maut dalam kemalangan di Kilometer 38.6, Lebuhraya Utara-Selatan, sehari sebelum nikah
- Cedera terkena mercun kawan di Kampung Tabuan Melayu, Kuching, Sarawak
- Polis mencari dua beradik terlibat dalam kes cubaan mencuri lembu di Tanjung Putus, Bukit Rangin
- Mayat wanita tersangkut pada batu ditemui di Sungai Emas
- Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia
- Mendaftar dengan aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar “My Distress”
- U Mobile umumkan perkongsian dengan Cosway (M) Sdn Bhd
- Wanita ditemui mati di rumahnya di Bundusan Villa, Sabah
- Kanak-kanak perempuan terbunuh selepas digilis bas di Km40 Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Perak Tengah
- [Sinopsis] Filem Raya Tak jadi di pawagam pada 15hb September 2011
- Kad Kahwin Nabil Raja Lawak dengan Nazirah Ayub
- Penyakit batu karang: Jenis-Jenis Batu Karang dan Gejalanya
- Permohonan online ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
MENARIK! MESTI BACA!
- Amuk 40 ‘Sukarelawan’ Belasah Orang
- Mayat Gadis Di Celah Batu
- Jurukamera Bernama Terbunuh Di Somalia
- Kanak-kanak Perempuan Terbunuh Digilis Bas
- Kesihatan Azizan | Tegas Boleh Jalankan Tugas Menteri Besar
- Polis Siasat Kelajuan Ambulans Di Jalan Raya
- Aplikasi Telefon “My Distress” | Lebih 23,000 Pengguna Daftar
- 800 Ribu Peminjam PTPTN Tukar Ke Sistem Ujrah
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment