05/09/2011-09:35am
Salam 7 Syawal.
Bila membaca artikel2 mengenai Allahyarham Noramfaizul,hati terasa amat tersentuh dan amat hiba bila melihat rakyat berkumpul bersama2 berhiba atas pemergiannya.Sebenarnya kadangkala kehibaan itu lebih mengeratkan kita dari saat bergurau senda...keperitan itu akan membuat kita insaf akan lemahnya kita,bertuahnya bumi kita dan betapa keamanan amat perlu dalam sesebuah negara.Perginya Allahyarham sebagai wira tak dapat disangkal lagi,biar disanjung pada tempatnya,jangan komunis dianggap wira,jangan cari helah bencana.....kadang2 kita lupa Allah telah tunjuk segalanya tapi kita lalai..lalu kita buta pada segalanya!(Pandanglah dengan hati bila kita meragui sesuatu....hati tak pernah menipu.)
Jom baca 3 artikel:
______________________________
'Noramfaizul mati syahid'
2011/09/05
Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.
Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.
_________________________________________________
Ketawa bertukar sepi
2011/09/05
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiringi jenazah Noramfaizul ketika tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam.
Sukarelawan, petugas media alami detik menakutkan
SUBANG: “Masa dalam perjalanan ke Mogadishu tempoh hari, suasananya penuh meriah dan riuh dengan gelak ketawa, tetapi perjalanan pulang semalam bersama jenazah Allahyarham keadaannya sungguh sepi dan suram dengan raut sedih jelas pada wajah setiap sukarelawan dan petugas media,” kata wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar yang turut menyertai misi kemanusiaan di Somalia.

IBU Noramfaizul, Naemah Abdul Majid tidak dapat menahan kesedihan cuba ditenteramkan ketika melihat jenazah.
Menceritakan pengalaman 21 jam dalam pesawat Hercules C130 ketika dalam perjalanan ke tanah air, Nor Azizah berkata, ada antara mereka menitiskan air mata mengenangkan apa yang berlaku dan di mana salahnya sehingga terpaksa membawa pulang Noramfaizul dalam keranda.
“Namun, suasana itu cuma tinggal kenangan apabila hari ini (semalam) hanya jasadnya dibawa pulang. Tiada lagi wajah ceria atau gelak tawa arwah sepanjang 21 jam perjalanan pulang ke tanah air,” katanya.
Nor Azizah berkata, semua peserta misi kemanusiaan itu menempuh detik paling menakutkan sepanjang 15 jam selepas serangan yang mengorbankan arwah dan hanya menghela nafas lega sebaik pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Lapangan Terbang Mogadishu.
Semua peserta misi kemanusiaan itu menempuh detik paling menakutkan sepanjang 15 jam selepas serangan yang mengorbankan arwah dan hanya menghela nafas lega sebaik pesawat TUDM berlepas dari Lapangan Terbang Mogadishu
Nor Azizah Mokhtar
Wartawan Berita Harian
“Apa yang berlaku memang di luar jangkaan, seminggu lalu kami ke Somalia dengan ceria. Malah, arwah antara yang paling bersemangat serta tidak putus-putus berjenaka hingga membuatkan perjalanan jauh itu tidak membosankan.Nor Azizah Mokhtar
Wartawan Berita Harian
“Namun, suasana itu cuma tinggal kenangan apabila hari ini (semalam) hanya jasadnya dibawa pulang. Tiada lagi wajah ceria atau gelak tawa arwah sepanjang 21 jam perjalanan pulang ke tanah air,” katanya.
Nor Azizah berkata, semua peserta misi kemanusiaan itu menempuh detik paling menakutkan sepanjang 15 jam selepas serangan yang mengorbankan arwah dan hanya menghela nafas lega sebaik pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Lapangan Terbang Mogadishu.
NORAZRINA menyiram air mawar di pusara Allahyarham Noramfaizul selepas dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UPM.
“Alhamdulillah kami semua selamat tiba... tiada yang lebih menggembirakan selain berjumpa ahli keluarga dan rakan yang menunggu kepulangan kami, namun masih bersedih mengenangkan kematian arwah,” katanya.
Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, yang cedera di lengan dalam serangan kira-kira jam 5.15 petang (waktu Somalia) Jumaat lalu, berkata arwah Noramfaizul duduk bersebelahannya sepanjang perjalanan ketika memulakan misi pada 28 Ogos lalu.
“Ketika penerbangan ke Mogadishu, arwah memberitahu walaupun sudah banyak mengikuti misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia, namun beliau memasang impian suatu hari nanti berpeluang membuat liputan di Baitulmaqdis. Namun, impian itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.
_____________________________________________
Sedu tangisan iringi ketibaan
2011/09/05
DALAM suasana pagi suram, ribuan menyambut jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor dan 54 anggota Misi Kemanusiaan Somalia di Subang, semalam.
PM mahu pengorbanan jadi model
SUBANG: Pagi semalam suasana di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini berbeza sekali apabila keluarga dan ribuan masyarakat pelbagai lapisan menunggu ketibaan jenazah wakil media yang terkorban ketika melaksanakan tugas membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

NAJIB bersama Muhyiddin mengaminkan doa selepas solat jenazah di Masjid Pangkalan TUDM, Subang, semalam.
Kesedihan dan bunyi tangis ahli keluarga kedengaran ketika pesawat C 130 yang membawa jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor dan 54 anggota misi bantuan kemanusiaan itu, mendarat kira-kira jam 10.05 pagi.Sebaik mendarat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menunggu jenazah menaiki pesawat menemui anggota misi bantuan kemanusiaan itu.
Mereka kemudian bersama bapa Allahyarham Noramfaizul, Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu, Naemah Abd Majid, 63, serta ahli keluarga lain mengiringi jenazah ke van jenazah yang dibawa ke Masjid Pangkalan TUDM di Subang.
Pada sidang media selepas itu, Perdana Menteri menyifatkan pengorbanan Allahyarham Noramfaizul wajar menjadi model untuk merangka misi bantuan kemanusiaan seterusnya, selain merangsang semangat petugas media yang membuat liputan di kawasan berisiko tinggi.
“Allahyarham disifatkan sebagai wira negara dan kita patut jadikan pengorbanan beliau sebagai model, malah cerita dan kisah yang menimpanya wajar merangsang semangat kita untuk terus memainkan peranan dalam misi bantuan kemanusiaan seterusnya,” katanya.
Najib berkata, pengorbanan Allahyarham Noramfaizul turut menaikkan imej Malaysia sebagai negara yang sentiasa berada di saf hadapan dalam membantu negara lain yang mengalami malapetaka atau kesengsaraan.
Beliau turut memaklumkan kerajaan akan memberikan bantuan kepada keluarga Allahyarham termasuk menanggung kos pendidikan dua anaknya, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.
Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan dan memberi jaminan memberi perhatian khusus terhadap aspek kawalan keselamatan membabitkan semua peserta misi berkenaan.
Dalam misi bantuan kemanusiaan, katanya, aspek kawalan keselamatan dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pasukan pengaman atau kerajaan sedia ada dan permintaan di luar daripada yang mereka sanggup tidak akan diberikan.

____________cerita seorang wira_________End
CERITA BARU
- [updated] Permohonan online ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
- Krisdayanti bersalin melalui pembedahan hari ini
- Ally Iskandar merisik Farah Lee, Gadis Terengganu yang belajar di Korea
- Suasana hiba dalam penerbangan jenazah Noramfaizul Mohd Nor ke Malaysia[perkongsian rakan setugas]
- Seorang wanita dan bayi 18 bulan terbunuh dalam kemalangan di Kampung Beting Lintang
- Hari Jadi seorang nenek diganggu oleh kumpulan lelaki bersenjata di Ipoh
- Syarikat Malaysia tipu beribu ribu pelabur di India
- Pemain boling muda Malaysia, Jacqueline Sijore merangkul pingat emas dalam kejohanan wanita dunia
MENARIK! MESTI BACA!
- Empat Lelaki Bersenjata Serang Majlis Hari Jadi Nenek
- PTPTN Lupus RM312j Pinjaman
- Imej Misteri Dirakam Telefon Bimbit
- Trafik Lebuhraya PLUS 4 September 2011
- Jenazah Noramfaizul Selamat Tiba di TUDM
- Samakan Peminat Anjing & Babi | Gambit Minta Maaf
- Kerajaan Akan Uruskan Perbelanjaan Anak Noramfaizul
- Tarikh-tarikh Perlawanan Skuad Malaysia Bulan September, Oktober & November
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment