05/09/2011-03:13pm
Salam 7 Syawal.
Aku bukan hendak memihak mana2 parti. Akupun tak kata UMNO tu bagus sangat. Aku bercakap hanya sebagai rakyat Malaysia yang hidup melata dan tak berapa kisah pasal politik.Kalau mengundipun aku akan pangkah yang mana sesuai ikut ugamaku,barulah ikut mana yang bagus.
Teringat aku akan cerita (bulan lepas) di suatu petang. Aku (rumah flat-Serdang)) telah menahan (dengan sopan) jiran atas ku kerana najis kencing kucingnya yang telah menitik di koridorku dan mengenai baju yang aku ampaikan di sana. Aku menahan dengan sopan dan memberi salam serta bersalaman dengannya yang kebetulan baru balik dari membeli-belah. Maklumlah bulan Ramadan,lagipun elok diselesaikan dengan cara berbincang(masa tu isteri dan anak2 aku di Seremban-berbuka di sana).
Baru bertanya khabar tiba2 isterinya menyerang aku dengan suara yang amat kuat dan laju...aku cuma inginkan penyelesaian berkenaan kencing kucing itu agar sama2 dapat memikirkan cara penyelesaiannya namun isteri jiranku merepek mengatakan bahawa ramai lagi orang yang membela kucing tapi aku tak marah atau adukan..bla..bla..bla. Aku sedikit tertekan dan berkata bahawa tajuk perbincangan ini adalah berkenaan kencing kucingnya yang menitis ke bawah..masuk ke korodor aku,itu saja. Isteri jiran aku terus meleter hingga suaminya cuma menenangkan dengan berkata,"Yang (gelaran isterinya 'sayang') masuklah dulu,nanti abang cuba selesaikan dengan acik nie,"namun gagal dan isterinya pun memanggil dia naik dan jangan memperdulikan aku (nampak dia tidak menghormati langsung suaminya). Melihatkan isterinya takkan dapat di"jinak"kan, akhirnya aku berkata padanya,"Dah lah X(gantinama),kao naikler..nanti fasal aku kao suami isteri pulak yang bergaduh,"(Info: dalam undang2-rumah flat tak boleh ada binatang peliharaan).Malam itu kedengaran jiranku mengemas sangkar kucingnya dan hingga hari ini tiada kencing kucing menitis lagi walaupun sebelum ini dia dan isterinya menafikan berkali2 itu adalah kencing kucingnya-Tamat.
Aku ceritakan kesah di atas bukan apa,pada artikel di bawah banyak isu2 dan isi2 yang di tampilkan,namun sebenarnya artikel ini hanyalah semata2 nak membela kesilapan nyata Saudara Mat Sabu dan ia tiada bezanya dengan cerita aku di atas. Satu tajuk tapi disongsangkan jauh dan sepatutnya ia di tulis Pemuda PAS: Mat Sabu tak bersalah.
Berterus-teranglah dalam politik dan biarlah yang salah itu..jangan dibela.Minta maaf sajalah dan ia akan jadikan Mat Sabu lagi mulia...(biasalah buat salah)
______________________
Pemuda PAS: Sejarah Malaysia versi Umno nafi pejuang Melayu lain
September 05, 2011KUALA LUMPUR, 5 Sept — Selain perlu dikaji semula, Dewan Pemuda PAS Selangor menyifatkan sejarah kemerdekaan negara telah mengetepikan ramai tokoh pejuang Melayu dan hanya mengangkat Umno sebagai wira sebenar yang menuntut kemerdekaan.
Jelas Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan, pihaknya amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan negara ini dikaji semula dan ditulis semula “secara berilmiah dan beradab.”
Ini kerana jelas beliau, masyarakat seolah-olah melihat sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata, tanpa membabitkan tokoh lain.
“Dewan Pemuda PAS negeri Selangor menganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki, terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah. Masyarakat kini melihat seolah-olah sejarah kemerdekaan ini seperti sejarah Umno semata-mata tanpa membabitkan tokoh yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Hasbullah, ramai tokoh pejuang kemerdekaan termasuk Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbong (Terengganu), Mat Kilau dan Dato’ Bahaman (Pahang), Abu Baqar Basyir dan Dr Burhanuddin Al Helmi telah dinafikan hak sebagai pejuang kemerdekaan.
“Mereka merupakan pahlawan yang melawan penjajah di zaman masing-masing yang telah dinafikan hak mereka sebagai tokoh kemerdekaan negara,” katanya.
Tambah beliau, Umno akan menggunakan isu hari kemerdekaan untuk mempengaruhi, menakutkan dan mengancam rakyat agar tidak menolak parti Melayu itu.
“Umno-BN sentiasa memomokkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan negara sedangkan sejarah yang sebenarnya menukilkan bahawa Umno adalah sebenarnya alat kepada penjajah,” katanya.
Justeru Hasbullah menyifatkan Umno cuba meraih simpati politik berhubung isu yang ditimbulkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong.
“Umno-BN cuba menunjukkan bahawa merekalah hero sebenarnya untuk mempertahankan ketuanan Malaysia dan menuduh Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara tanpa memberi ruang untuk Pakatan Rakyat menjawab.
“Kami percaya timbalan presiden PAS mempunyai hujah dan fakta yang kukuh serta bertanggungjawab terhadap segala kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.
Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.
Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.
Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.
Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.
Tegas Hasbullah, pakar sejarah perlu mendesak kerajaan supaya membuka ruang untuk membicarakan isu kemerdekaan secara telus dan terperinci.
Beliau menambah, kerajaan juga perlu menyediakan satu platform untuk membincangkan perkara itu.
____________________apapun mesti betul..sampai bila!_________End
CERITA BARU
- Harimau berkeliaran, bimbangkan penduduk Kampung Wang Pinang dan Kampung Padang Tembak
- Gara Gara Produk kecantikan, Gadis tangguh majlis pertunangan kerana malu dengan mukanya yang menjijikkan
- Kes Simbah asid di Taman Seri Bakau: Gara Gara berebut seorang pondan
- 300 ekor kucing diselamatkan apabila dibiarkan kelaparan di Pusat jagaan Haiwan di Damansara Damai
- Gangguan air di Daerah Seremban selama 9 jam bermula esok (6/9/2011)
- Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN Kepada Pelajar Lama IPTA/Politeknik Bagi Semester 1 Sesi 2011/2012
- [updated] Permohonan online ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
MENARIK! MESTI BACA!
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment