12/09/2011-03:08am
Salam 14 Syawal.
Letih juga badan nie pergi beraya semalam.Semua tak dirancang,dibuat atas dasar bosan..huhu
Artikel kat bawah nie pasti sesuai dengan jiwa wanita muda yang tenggelam dalam arus kemajuan kota...apapun ia sekadar bacaan dan yang yang penting kita harus menjaga cara hidup santun kita....layanzz!
________________________
Amanda Imani “Buang Masa” Kerana Rambut
Isnin September 12, 2011WALAUPUN baru sahaja berusia 20 tahun, penyanyi Amanda Imani sudah pun mencatat kejayaan yang tersendiri apabila dia berjaya membawa pulang dua anugerah bagi kategori Lagu Asal Terbaik dan Penyanyi Baru Terbaik pada pertandingan 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria, Mei lalu.
Kejayaan Amanda memberikan ruang luas buatnya untuk mengembangkan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan justeru itu pada usia remaja, dia sudah mampu membiayai kos kehidupan sendiri tanpa bantuan keluarga.
Bagaimanapun, kata Amanda, ini tidak bermakna dia perlu boros dalam setiap apa yang ingin dibelanjakan.
“Walaupun mempunyai duit poket sendiri, tidak bermakna saya akan menghabiskan wang dengan memiliki barangan yang tidak berfaedah. Tetapi saya akan membeli barangan yang berjenama jika ia benar-benar diperlukan.
“Lihatlah koleksi-koleksi kesayangan saya ini, tidak semua barangan saya adalah berjenama. Cuma saya gemar membeli sesuatu yang boleh memberi kenangan manis buat diri sendiri,” katanya.
_____________________________________________________________________
INFO | HISTORY OF NUFFNANG | PENDAPATAN BLOG SUKAKERETA
http://sukakereta.blogspot.com/2011/09/info-history-of-nuffnang-pendapatan.html______________________________________________________________________
Tas tangan jenama Channel
Merah jambu merupakan warna kegemaran Amanda. Justeru itu, beg ini akan digayakan pada acara karpet merah atau majlis-majlis hiburan tertentu.
Kasut tumit tinggi
Walaupun memiliki tubuh badan yang tinggi, Amanda tetap gemar menggayakan kasut bertumit tinggi yang dibeli dari negara Sepanyol. Kata Amanda, kasut tersebut sudah pun berusia empat tahun dan ia masih lagi selesa digunakan.
Topi
Kata Amanda, di rumahnya sahaja, dia mempunyai koleksi lebih daripada 10 buah topi dengan reka bentuk dan warna yang berbeza. Baginya, dia berasa seperti tidak lengkap keluar rumah tanpa bergaya dengan topinya itu.
Penggulung rambut
Rambut adalah aset buat penyanyi jelita ini dan kerana itu penggulung rambut menjadi teman setianya di bilik. Hampir setiap hari Amanda sanggup “membuang” masanya di depan cermin untuk menggulung rambutnya agar kelihatan ikal mayang.
Pengilat kuku
Tidak lengkap buat Amanda jika ke luar negara tanpa membeli pengilat kuku. “Saya suka warna-warna terang pada kuku saya ini dan antara jenama pengilat kuku yang menarik minat saya ialah Bonny M,” katanya.
Rantai nama
Rantai yang tertulis nama “Amanda” ini telah dibuat ketika dia berusia 14 tahun lagi. Walaupun harganya murah, tetapi kenangan rantai ini begitu besar buatnya.
Jam tangan
Kalau nak tahu, selepas membeli kereta Myvi berwarna merah jambu, jam jenama Channel adalah barangan kedua termahal yang pernah dibeli oleh Amanda. Baginya dia tidak kisah jika membeli jam yang sedikit mahal kerana pemakaian jam adalah amat penting dalam kehidupan sehariannya.
Gelang tangan
Gelang tangan jenama House of Harlow daripada Nicole Ritchie berharga RM360 ini telah dibeli secara dalam talian. Kata Amanda ia menjadi kesayangannya kerana gelang tersebut memiliki nilai klasik yang tersendiri.
Rantai kunci
Sekali pandang, nampak seperti rantai tangan tetapi ia merupakan sebuah rantai kunci. Kata Amanda, rantai kunci tersebut menarik perhatiannya kerana ia berbentuk kuda di mana dia begitu meminati sukan kuda.
Minyak wangi
Amanda mempunyai pelbagai koleksi barangan jenama Juicy Couture kerana menyukai reka bentuknya yang feminin dan urban. Minyak wangi ini pula sentiasa berada di dalam beg tangannya untuk kegunaan pada bila-bila masa.
Pelembap kulit
Begitu juga dengan pelembap kulit jenama Saphora, ia turut disimpan di dalam beg tangannya. Kata Amanda, ia sesuai dipakai selepas membersihkan solekan pada wajah untuk tampak lebih segar.
_________________amanda Amani_____End
CERITA BARU
- Pemandu van dan dua pelajar maut dihempap pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping
- Subjek sejarah yang diajar di sekolah kurang tepat – Dr Mahathir
- Royalti penulis buku Sekolah tidak di bayar: Penulis buat laporan polis
- Kes Mayat ditemui sudah reput di kampung Carok Kapas di Kupang, Baling: Pembunuh di hukum gantung sampai mati
- Terpancing seorang penyelam lelaki di dalam laut
- Zizie Ezette sangat rindu dunia lakonan
- [Gambar]Deborah Henry menang tempat ketiga pakaian tradisional di Miss Universe 2011
- Kerana seutas gelang, gadis di perangkap dan dirogol di sebuah hotel di Puduraya
- Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang menyimpang daripada ajarah islam kini kembali aktif
- Bapa rayu Nurul Izzati Shuib pulang selepas larikan diri dari rumah
- Ketua PKR Padang Rengas, Alias Zenon ditemui 12 jam selepas dilarikan penyamun dari rumahnya
- Bapa berniat leraikan pergaduhan anaknya dengan 10 remaja maut diserang
MENARIK! MESTI BACA!
- Gambar-gambar Rumah Terbuka PM Najib 11 September 2011
- Syarikat MLM Berpengkalan Di Malaysia Dikesan Di India
- Cuba Lindungi Anak Ketika Diserang | Bapa Maut
- Dua Kanak-kanak Hampir Diculik Lelaki Nepal
- 4 Jam Di Wad Kecemasan | Pelajar Tersalah Makan Pil
- Perdaya Gelang Untuk Rogol Mangsa
- Penerjun Payung JPJ Cedera Salah Mendarat
- Majikan Ditipu Pekerja RM10,000
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment