Saturday, September 10, 2011

BILA SEMUA ORANG MELATAH..SEJARAH TERUS BERUBAH


10/09/2011-11:06am


Salam 11 Syawal. Patutlah si shameel (http://www.bicaradariaku.com/2011/09/tanah-melayu-tidak-pernah-dijajah-oleh.html kata/buat artikel begitu...baru faham lepas baca artikel kat bawah. Nampaknya yang kusut tak terungkai,datang lagi timbunan benang untuk dilerai...last2 yang kusut semua..langsung tak boleh pakai. Dah jelas Britian tu penjajah bumi Malaya  (Komanwell tu apa)..tak payah nak nafi...dah jelas mereka pencuri khazanah negara...itu juga yang kaorang ajar aku masa sekolah dulu.
Dah Mat sabu melatah,janganlah layan,jangan ikut sama melatah...jangan di pinda maklumat sejarah...nanti masa depan pun akan ikut musnah. Biarlah ia begitu,yang sudah biarlah ia, Mat sabu silap bukan faktanya tapi atas sikapnya,atas tidak menghormati pengobanan polis Bukit Kepong..silap atas dasar menghina muslimin lain yang memegang amanah. Jangan bazirkan wang negara untuk mengubah sejarah....jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan pendapat yang boleh memeningkan orang/rakyat.
Perlu diingat,kata seorang rakan:
Satu Cina boleh jaga/bagi makan seratus Melayu,tapi satu Melayu kadang2 keluarganya sendiri tak makan...fikirkanlah (penjajah ekonomi)
Satu Kerajaan Britian boleh jaga berpuluh kerajaan lain (siap songlap lagi),tapi kita kelam kabut jaga negara sendiri..baru sikit Mat Sabu buka mulut.
Kalau kerja dengan Britian dianggap musuh Malaysia,kerja dengan orang bukan Islam dianggap apa (kafir,subahah ker)....itulah kalau busuk nangka seulas.jangan dibuang nangka sebiji,beli nangka lain...alahai Malaya..alahai pasal Mat Sabu semua orang melatah teruk..biarlah dia...kalau macam nie menyesal aku ambil subjek sejarah dulu.
Baik kaji 6 percent naik..kenapa yea!?(Kad Prabayar)Apa sejarahnya sampai nak kena tax begitu?

_____________________________

Polis Bukit Kepong wira sebenar
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

2011/09/10

IPOH: Anggota polis dan keluarga mereka yang diserang kira-kira 200 anggota komunis di Balai Polis Bukit Kepong dalam tragedi berdarah 23 Februari 1950 tidak syak lagi adalah wira sebenar negara kerana mereka bukan mempertahankan British seperti sangkaan banyak pihak sebaliknya Tanah Melayu yang ketika itu berada di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, berkata Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah berada di bawah penjajahan British seperti berlaku di India, Sri Lanka dan Hong Kong ketika itu. Sebaliknya mengikut pandangan antarabangsa ketika itu, Tanah Melayu atau Malaya diperintah oleh Raja-Raja Melayu dengan British bertindak sebagai penasihat atau menjalankan tugas-tugas pentadbiran.
Pandangan itu turut disokong tokoh sejarah terkemuka, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim dan pakar sejarah yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam pada Wacana Merdeka bertajuk Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di sini, petang semalam.
Seorang lagi ahli panel dalam wacana yang dipengerusikan Timbalan Dekan Pusat Kajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian itu ialah bekas Ketua Cawangan Khas PDRM, Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang terbabit secara langsung dalam peperangan terhadap komunis di Perak dan Sarawak.

Kay Khim pula berkata, apa yang berlaku ketika itu ialah British hanya mengadakan perjanjian dengan Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam pentadbiran dan apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bukan British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen.

Oleh itu, katanya, Ahmad Indera atau Mat Indera yang dikatakan mengetuai serangan komunis di balai polis berkenaan sehingga mengorbankan 25 orang termasuk anggota polis, ahli keluarga mereka serta orang awam, tidak boleh dianggap wira kerana anggota komunis itu menentang kerajaan dan melanggar undang-undang yang diterima pakai majoriti rakyat Tanah Melayu ketika itu.

Orang yang melanggar undang-undang tidak boleh dianggap sebagai wira. Komunis bukan berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu (daripada British) tetapi mahu meneruskan agenda penguasaan fahaman itu di seluruh dunia.
Komunis di China sudah mengarahkan Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi orang Melayu tetapi susah sebab budaya tidak sama, tambahan pula orang Melayu patuh kepada Raja, katanya.

Ramlah pula berkata, sejak dulu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, negara ini tidak pernah dijajah British dan Raja-Raja Melayu tidak kehilangan kuasanya, hanya pembesar Melayu yang kehilangan kuasanya kepada pegawai British, justeru dakwaan mengatakan komunis menyerang anggota polis yang bekerja di bawah kekuasaan British adalah tidak tepat.

Beliau berkata, fakta sejarah juga menunjukkan Mat Indera adalah anggota PKM yang menuruti arahan seorang komander lain dan bukan mengetuai serangan di balai polis itu dan hanya ikan bilis yang tidak layak diletakkan sebaris dengan nama besar tokoh pejuang kemerdekaan lain seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmy serta tokoh pejuang lain sama ada berhaluan kanan atau kiri.

Ini fakta sejarah yang tidak boleh diubah atau ditokok tambah, cuma intepretasi sejarah saja mungkin berlainan tetapi itu pun memerlukan bukti baru, sumber dan dokumen sahih yang pelbagai dan kajian mendalam, bukan boleh buat sesuka hati saja, katanya.

Yuet Leng pula berkata, beliau akan terus menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan di Bukit Kepong sebagai wira yang hanya tahu mempertahankan kedaulatan negara dan menentang keganasan berbanding PKM yang bercita-cita mewujudkan Republik Tanah Melayu yang menerima arahan daripada komunis antarabangsa bagi menyingkirkan kuasa Raja-Raja Melayu.
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article
____________alahai Sejarah______________End
CERITA BARU

3 comments:

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

Teringin nak dengar ucapan Mat Sabu disiarkan dalam TV 3,TV 1 atau TV 2.....Tiap2 malam asyik komen2 sebelah pihak jer. Nak dapat pnjelasan dari pihak yang satu lagi jenuh selongkar internet.Penerangan tokoh2 sejarah pun berubah x konsisten...biar Orang ramai menilai sendiri apabila mendapat penjelasan terus dari semua pihak yang bertelingkah....Zaman sekarang ni kita harus sedar, org boleh berfikir sendiri, x payah diarah2 dan disuruh percaya pada pandangan satu2 pihak....orang kampunpun kebanyakannya dah tahu menilai....

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum sahabatku Assoy.

entry sy sebanarya hnyalah pandnagan sinis terhadap gol yg mendakwa tanah air kita tak dijajah. Itulh mslhnya skrg. sy tertarik dgn pandnagan prof dr aziz al-bari, seorg pakar perlembagaan yg telah membidas pandnagan prof zainal kling. boleh sahaja lihat kt link ini.

http://www.malaysiakini.com/news/175430.

di sini sy sertakan sedikit pndgn prof khoo kay kim "...apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, bukan British yang menyerahkan kedaulatan tetapi Raja-raja Melayu menyerahkan kuasanya kepada rakyat supaya Tanah Melayu dapat mengamalkan demokrasi berparlimen.". kalau berdasarkn kenytaan beliau, kita tak layak sambut merdeka sbb kita tak dijajah oleh kuasa asing. situasi yg sama brlaku di Thailand waktu itu. di thailand,nasionalis di Thailand yg dipimpin Phibul Shongram pada 1932adlh krn x puas hati dgn kekausaan raja mutlak dan menuntut agr kuasa diserahkan kpd rakyat secara demokrasi or pilihnaraya.

jadi, fakta2 ini menunjukkan tiada bezanya antara perjunagan di thailand dan Tanah melayu. sebagaimana thailand tidak pernah merdeka sbb tak dijajah maka tanah melayu pun mengalami nasib yg sama.

nasib baiklh sy tolak tawaran sambung master kt sebuah IPTA dlm bidnag sejarah dua thn lepas. kalau tak sy pun jadi binggung.

ASSOYFINGER67 said...

Tokan;salam sahabat;sesuatu yang mustahil,kalaupun dapat kena tapis santannyer..huhu

shameel Iskandar;Waalaikumsalam sahabat,mula2 tak faham juga tapi lepas baca berita tu...baru aku tahu kenapa entri sinis tu kao buat...apapun memang apa yang kao kata tu amat logik dan benar...bagi cendiakawan macam kao nie tentu lagi arif....amat sedih memutar belitkan fakta untuk menjaga kepentingan sendiri ....