Friday, September 9, 2011

AZAZIL (MOVIE) SEBUAH KHABIR BHATIA -FILEM BERLATAR BELAKANGKAN 1940AN


09/09/2011-04:18pm

Salam 11 Syawal.
Esok pasti ramai orang buat open house.....

Dah lama tak tengok filem2 macam nie. Harap ia berjaya.

__________________________________

Diana, Sharnaaz, Remy hidupkan Azazil




SALAH satu adegan pertarungan membabitkan watak Kamal (kanan) dan Atan dalam filem Azazil.


TIDAK banyak filem Melayu yang berteraskan cerita-cerita mitos dan sejarah yang dihasilkan dalam industri perfileman tempatan sejak dari dulu hingga kini.
Antara sebabnya kerana kos tinggi bagi membina set penggambaran yang menggambarkan suasana zaman silam dan prob khas untuk digunakan oleh watak-watak yang ditonjolkan.
Selain itu, komitmen yang membabitkan para pelakonnya dalam menghidupkan watak masing-masing dalam suasana penggambaran yang panjang serta mencabar turut menjadi penyumbang kepada faktor tersebut.
Bagaimanapun, bagi Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad serta Remy Ishak mereka tiada masalah memberi komitmen jitu bagi menghidupkan filem berjudul Azazil dalam genre mitos dan aksi itu.
Menurut Diana, dia sentiasa cuba menyahut apa juga cabaran termasuklah dengan mengenakan pelbagai kostum yang berlatarbelakangkan tahun 1940-an yang agak asing baginya dalam filem arahan Kabir Bhatia itu.
“Sebagai pelakon, saya akan sentiasa memberi komitmen padu termasuklah dalam filem ini. Antaranya mengenakan pelbagai kostum atau pakaian lama yang agak lusuh dan kurang selesa kerana mahu menyesuaikannya dengan filem ini.
“Malah, saya juga tiada masalah menjalani penggambaran filem ini meskipun kebanyakkannya diadakan dalam hutan,” katanya sewaktu ditemui di lokasi penggambaran Azazil di Hulu Yam, Selangor baru-baru ini.
Jelas anak kacukan Melayu dan Inggeris itu, dia sudah biasa berlakon dalam pelbagai situasi termasuklah dalam filem-filem lama seperti Hanyut yang turut berlatarbelakangkan era sebelum negara merdeka.
Tambah Diana, dia bukan setakat memberi komitmen yang baik dalam mengharungi apa juga jenis latar penggambaran filem lakonannya, tetapi turut menganggapnya sebagai suatu pengalaman baru.
“Saya tiada masalah berlakon dalam filem Azazil. Ini kerana, sebelum ini saya juga telah menghabiskan penggambaran filem Hanyut di mana cabarannya hampir sama seperti watak Aishah lakonan saya dalam Azazil.
“Dalam Hanyut saya turut melakonkan watak gadis Melayu yang hidup pada zaman penjajah di Tanah Melayu. Kebanyakan babak saya dalam filem itu juga di hutan,” ujarnya.
Azazil memaparkan kisah di sebuah perkampungan di pedalaman di Tanah Melayu sewaktu era penjajahan tentera Jepun pada tahun 1940-an. Suasana peperangan itu tambah mendebarkan apabila kampung itu digemparkan dengan kehadiran satu makhluk ganas.
Daripada gambaran itu dapat dibayangkan set prob bukan sahaja memainkan peranan penting tetapi ia juga menagih penghayatan para pelakon bagi menghidupkan watak masing-masing.
Sharnaaz Ahmad yang melakonkan watak Atan dalam filem pertama genre seram dan mitos arahan Kabir Bhatia itu turut tidak menafikan cabarannya, apatah lagi difahamkan penggambaran Azazil banyak dijalankan pada waktu malam.
“Apabila mendapat tawaran berlakon filem ini April lalu saya terus menerimanya. Ini kerana, daripada skripnya lagi saya sudah dapat menggambarkan cabaran serta tarikan filem ini.
“Selain itu, saya pula memang teringin berlakon di bawah arahan Kabir Bhatia. Sama seperti Diana, saya juga tiada masalah untuk berlakon dalam filem genre seram. Sebelum ini pun saya pernah berlakon dalam banyak drama aksi dan seram.
“Saya pernah berlakon dalam telemovie seram berjudul Penanggal arahan Michael Ang tahun lalu. Cuma bezanya dalam Azazil ia memerlukan saya bersilat dan lebih banyak adegan pertarungan. Jadi, cabarannya lebih dalam lakonan terbaru saya ini,” ujarnya.
Sementara itu, Remy Ishak yang melakonkan watak Kamal dalam filem terbitan Grand Brilliance itu juga teruja berlakon di bawah arahan pengarah berasal dari India.
“Saya mula terbabit dalam bidang lakonan menerusi filem Anak Halal pada tahun 2007 arahan Osman Ali. Filem itu penuh dengan aksi lasak dan begitu juga dengan watak Kamal dalam Azazil. Cuma bezanya Azazil berlatarbelakangkan zaman lampau,” jelasnya.
Gabungan Diana, Remy dan Sharnaaz dalam Azazil yang menelan kos mencecah RM1.4 juta dijangka mampu menghidupkan filem itu serta menarik para penonton ke pawagam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
____________Azazil the MOVIE_____________End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: