Friday, September 9, 2011

SUBJEK SEJARAH AKAN DIKAJI SEMULA-KHALED


09/09/2011-04:44pm

Salam 11 Syawal.
Dah namanya hasil tangan manusia....takkan tepat..kecualilah Al Quran yang dipelihara/jamin  oleh Allah. Ingat tak kesah Abdullah Munsyi yang kapalnya terbakar dan terfikir tak yang Melaka satu masa dulu pastinya sebuah kampung..

______________________________________

Subjek Sejarah akan dikaji semula: Khaled


2011/09/09

Draw by Francis Valentijn pada tahun1726 showing Dutch Sailing vessels and traditional craft crowding the harbour.  A Famosa is on the right bank and St. Paul's Church is on the crest of the hill. A covered bridge spans the Malacca River.
sumber:http://world-islam.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

KUALA LUMPUR: Silabus subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction'. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata sehubungan dengan itu satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah.
"Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silabus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu apakah sejarah sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku tulisan Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di sini, hari ini. 

Majlis pelancaran itu disempurnakan Sultanah Johor yang juga Canselor bagi universiti itu, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah. 

Khaled berkata, Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah. 

"Sejarah yang seperti dirujuk kita sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan Barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh Barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta. 
"Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis. 

"Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit sejarah, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul," katanya. 

Walau bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks sedia ada di peringkat sekolah, namun akan dijadikan sebagai rujukan bagi kajian yang lebih mendalam. 

Sementara itu, Naib Canselor UTM, Datuk Ir Zaini Ujang, berkata buku Syed Naquib yang diterbitkan oleh UTM Press itu memberikan satu interpretasi yang baru terhadap sejarah negara. 

Beliau mengambil contoh satu fakta di dalam buku itu yang menyatakan bahawa nama "Melaka" adalah diambil daripada perkataan arab yang membawa maksud "pelabuhan" berbanding sejarah awal yang kita sedia fahami bahawa nama Melaka datangnya dari pokok Melaka. - BERNAMA
Sourcehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/SubjekSejarahakandikajisemula_Khaled/Article

___________Subjek sejarah dikaji semula---End


CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

4 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

jika dicedok semata dr penulisan barat, maka dr kaca mata dorg semata2 la, belom dr kacamata kita... :)

bagus juga kalau dibuat kajian secara mendalam....

zulkbo said...

salam..
pulak dah?drastik sekali kan?
apapun belajar sejarah islam
lagi baik macam nih..

Rimau Sakti said...

lepas kes sejarah bukit kepong ni baru nak cek balik sejarah...buat bile ade yang mengetuk...tido bile org duk diam...tu macam tak ikhlas jer buat kerje...hai la Malaysia...Malaysia...

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;masalahnya ia pasti melibatkan belanja besar...nnt duit tu ntah kemana2

zulkb& Rimau Sakti;dah resmi Malaysia,ular baru lalu..ayam dah riuh sereban...huhu,bila ular dah pergi,ayam sambung tidur