Monday, September 12, 2011

CUKAI 6 PERATUS DITANGGUHKAN HINGGA KAJIAN SELESAI


12/09/2011-02:56pm

Salam 14 Syawal.
Setelah Lynas,dan baru2 ini fakta sejarah , kerajaan sekali lagi terpaksa  membuat kajian pula tentang cukai 6% yang akan di kenakan oleh syarikat2 komunikasi bermula 15 Sept ini kepada pengguna talipun prabayar. Sumber mengatakan ia dibantah oleh rakyat termasuk rakyat istimewa (yang buta-atas alasan mereka hanya menggunakan perkhidmatan suara sahaja tanpa perkhidmatan SMs dan MMS serta mereka yang tidak mendengar (pekak) hanya menggunakan perkhidmatan SMS dan MMS tanpa perkhidmatan suara) yang tidak bersetuju atas cukai 6% yang di kenakan itu. Datuk Rais Yatim telah mengummkan penangguhan itu hingga kajian selesai (macam National Geograpic pulakkan).
Pakar2 kajian adalah tidak diketahui dan tempuh kajian juga tida dinyatakan.Mengikut firasat aku (haha) lambat laun kenalah juga kita membayarnya.Ini sudah perkara biasa di Malaysia. 
____________________________

Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh - Rais

12/09/2011 2:09pm
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. - Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
________________6% ditanggung higga kajian national geograpicnya selesai---End
TELCO bersetuju tangguhkan kutipan cukai perkhidmatan 6%, hanya dikenakan untuk pembeliaan pek permulaan

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/


0 comments: