Saturday, September 17, 2011

FILEM 'BUNOHAN' DIEDAR KE PERINGKAT ANTARABANGSA


17/09/2011-01:05am
Salam 19 Syawal.
Hebat..wah Faizal buat comeback di filem dengan bergaya sekali.Lihat aksi filem ini memang ia filem 18SG!

My related post before:'BUNOHAN' DITAYANGKAN DI TORONTO (VIDEO)

(see video trailer here)
________________________
Filem 'Bunohan' Diedar ke Peringkat Antarabangsa
Sabtu September 17, 2011
Faizal Hussein merupakan salah seorang pelakon filem Bunohan.
PETALING JAYA: Filem Bunohan yang ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) minggu lalu akan turut ditayangkan di United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Menurut pengarahnya, Dain Said, filem tersebut telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures bagi negara-negara berkenaan.
“Filem ini telah mendapat persetujuan daripada pihak Universal Pictures untuk diedarkan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand,” katanya.
Dain sudah kembali ke Malaysia dan bersedia untuk berkongsi pengalamannya sewaktu menyertai tayangan perdana di Toronto yang diadakan bermula pada 17 hingga 24 September ini.
Filem tersebut dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim. Ia turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor.
Selain itu, model tinggi lampai Tengku Azura dan pengarah filem indie Ho Yuhang turut terlibat dalam filem ini.
Filem ini diterbitkan oleh Nandita Solomon sementara Tim Kwok dari Entertainment Convergence pula bertindak sebagai penerbit bersama.
_________________Bunohan ke peringkat antarabangsa__End


MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

uncle hyree said...

kalau dah tersenarai di sana semestinya satu filem yangbermutu ..tak kisah lah genre apa pun yg penting kreativiti tu tak harus disekat .. lama tak tengok Faizal Hussein berlakon ...

ASSOYFINGER67 said...

uncle hyree;yelah..nostalgia remajaku dia tu..