26/09/2011-10:59pm
Salam 28 Syawal.
Manusia memang bijak mencipta tetapi kadangkala tak dapat menyelesaiankan masalah yang di ciptanya
_____________________________
Misteri Menyelubungi Serpihan Satelit UARS
- September 26, 2011
CAPE CANAVERAL – Persoalan terpenting yang bermain di fikiran pengkaji bidang angkasa kini ialah ke mana perginya serpihan dan debu daripada Upper Atmosphere Research Satellite – satelit seberat 6 tan yang terhempas ke bumi Jumaat lalu.
Ia menjadi satu misteri kini kerana satu bahagian satelit itu pun masih belum ditemui.
Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) yang tahu secara tepat di mana serpihan-serpihan itu berada.
Melainkan beberapa laporan seperti suri rumah mendakwa serpihan satelit jatuh di belakang rumah dan sebagainya, tidak diketahui ke mana perginya serpihan-serpihan berkenaan secara tepat.
_______________Selingan_________2011 HONDA JAZZ FACELIFT
Like it & read it:http://sukakereta.blogspot.com/2011/09/2011-honda-jazz-facelift.html__________________________End
NASA berkata, mereka mempercayai yang serpihan tersebut jatuh ke
dalam Lautan Pasifik, tetapi masa kemasukan semula satelit sebesar bas itu dan lokasi tapak serpihan belum ditentukan.“Oleh sebab kami tidak mengetahui di mana sebenarnya poin kemasukan semula, kami tidak tahu di mana tapak serpihan itu mungkin berada,” kata Nicholas Johson, Ketua Saintis Serpihan Dalam Orbit di Johnson Space Center milik NASA di Houston.
Malah beliau menambah, “Kita mungkin tidak akan mengetahui.”
Kenyataan beliau mengambarkan bahawa lokasi serpihan UARS akan kekal misteri dan kemungkinan besar tidak akan ditemui sampai bila-bila.
UARS dipercayai terhempas atmosfera antara 11.23 petang pada hari Jumaat dan 1.09 pagi EDT (eastern day time, iaitu masa siang di timur) pada hari Sabtu, NASA berkata.
Semasa ia jatuh ke Bumi, UARS pada awalnya dikesan melalui Pantai Timur Afrika merentasi Lautan Hindi, kemudian Lautan Pasifik merentasi utara Kanada dan utara Lautan Atlantik ke satu poin di barat Afrika. Kebanyakan daripada transit UARS adalah melalui kawasan perairan, dengan beberapa penerbangan merentasi Kanada dan barat Afrika, kata NASA.
Berukuran 35 kaki panjang dan diameter 15 kaki atau sebesar sebuah bas sekolah, UARS memasuki atmosfera bumi tanpa kawalan Jumaat lalu.
Kehabisan sepenuhnya bahan bakar pada tahun 2005 menyebabkan UARS tidak dapat dikawal oleh NASA untuk ia dijatuhkan di tempat tertentu secara terancang.
Para sainstis NASA sebelum ini meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Setakat ini juga belum ada sebarang laporan serpihan menimpa sesiapa.
Satelit itu adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.
Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.
Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.
_____________________Satelit UARS
CERITA BARU- Ragut Rantai Leher Teman Wanita
- Kanak Kanak Berusia 5 Tahun Maut Di Sengat Tebuan
- Pelajar UITM Seri Iskandar, Perak di dakwa membunuh dan membakar Nurul Awathif
- Tegur polis buang sampah, pekerja dakwa di pukul
- Umur persaraan pekerja swasta naik, antara 60-64 tahun
- Remaja maut ditetak sekumpulan lelaki di kawasan perusahaan Menglembu
MENARIK! MESTI BACA!
- Isu Perlaksanaan Hudud | DAP Macam Budak Takut Hantu – Nik Aziz
- Budak 5 Tahun Maut Disengat Tebuan
- Bapa Kepada 5 Anak Didakwa Rogol Gadis OKU
- Penduduk Kampung Gempar | Timbunan Al-Quran Di Bangsal Lembu
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment