Monday, September 26, 2011

WANITA, CINDY TAN 52 TEKAD KEJAR DAN LANGGAR PERAGUTNYA


26/09/2011-10:24pm

Salam 28 Syawal.
Wanita memang mangsa peragut.....oleh itu wanita kena jadikan peragut mangsa mereka!

_____________________________

Wanita nekad kejar, langgar peragut


2011/09/26

JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini. 

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.
Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum lelaki berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.


"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh. 

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda. 

Cindy yang cedera pada tangan kiri dan kanan serta kakinya berkata itu kali kedua beliau diragut, di mana kali pertama dia diragut di Taman Megah Ria, Seri Alam pada 2005. 
"Peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan," katanya. - BERNAMA


 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wanitanekadkejar_langgarperagut/Article


_________________________________End
CERITA BARU





MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: