Friday, September 9, 2011

KENA SENGAT DAH...6 PERATUS!!!






09/09/2011-01:11am
Salam 11 Syawal.
Dalam diam2 ,orang sibuk pasal sejarah dulu-dulu..pasal Bukit Kepong...tiba-tiba Cukai/Tax 6 peratus dikenakan pada prabayar...diam-diam kita kena sengattttt..tulah fasal kena jaga kiri-kanan...banyak tu 6 percent...kata masuk bilion2,sah subsidi jadi alasan..takkan gomen dapan 1/2 bulan kita kena sengat!
____________________________________

Malaysia Berjaga-jaga Terhadap Influenza A (H5N1)

___________________________________

Perbit Bantah Telco Kenakan Caj Enam Peratus Pembelian Kad Tambah Nilai

SEPTEMBER 9, 2011
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.
Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.
“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
_________________________________
Selepas kad credit 

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.


AK BETUL!!TAK SETUJU JUGA!!!


______________________________________



Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.
Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.
_______________________________________

JADUAL PERLAWANAN SKUAD OLIMPIK MALAYSIA

__________________________________
“Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.
Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.
Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.
Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.
Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.
– BERNAMA
_____________________PERBIT Bantah 6 peratus tax_____End
CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: