13/09/2011-02:36am
Salam 15 Syawal.
Baca jerlah...malas nak campur.haha
______________________
Tuduhan Adda Melampaui Batas - Mamat (Sepah)
Selasa September 13, 2011PETALING JAYA: Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.
Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.
"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.
"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya kepadamStar Online, di sini, Isnin.
Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.
Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.
Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.
"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.
"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.
Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.
"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.
"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujarnya.
___________kesah mamat sepah___End
- Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui dalam sebuah pondok di tepi kawasan hutan
- Kisah sedih Gadis berusia 19 tahun bertukar wajah menjadi nenek tua
- Universiti Perdana dilancarkan|Biasiswa untuk pelajar yang terpilih ke Universiti Perdana
- Elfira Loy akan berlakon dalam Filem Jepun, Second Chance
- TELCO bersetuju tangguhkan kutipan cukai perkhidmatan 6%, hanya dikenakan untuk pembeliaan pek permulaan
- Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di km214.9, Lebuh Raya Pantai Timur
MENARIK! MESTI BACA!
- NGO Jingga 13 Mohon Menghadap Tuanku Mizan
- Universiti Perdana | Penuntut Diberi Biasiswa – Najib
- UPSR Di Perlis Tetap Diteruskan
- Cukai 6% Prabayar | TELCO Setuju Untuk Tangguh
- Eyrshah Elman | Bayi Lahir Dengan Otak Di Luar Tempurung Kepala
- Bersembunyi Di Bawah Katil 12 Tahun
- Banjir Di Perlis | Mangsa Meningkat Kepada 300
- Disihir Hanya Melalui Gambar FB?
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
4 comments:
peminat plak pening yang mane satu betul n yang mana salah..artis2
x best la sepah berpecah..
tak suka mamat..
tp suka fida..
tp skrg, fida da tak macam dulu...
sedey.. :(
A-Chik;biasalah tu
atie aizam;aku pun rasa macam tu,bengang betul
Misz Nuriz;nampak si mamat nie macam mat cintan...fasal buang cincin(tak baik tu-patut sedekah ker)-tak mustahil fasal cinta komitmen lain tergendala...fida?jarang tengok dia berlakon..tapi peluk2 dah boleh dah..tengok semalam..
Post a Comment