Salam 15 Syawal.
Mungkin ada yang tertannya2 kenapa aku boleh berBW pada siang hari.....ini jawabannya:
..so..next week aku tak boleh lagi BW siang hari..haraf sahabat semua faham yea..haha.Inilah namanya raya sakan dan sakit.
Jadi sekarang nak cerita sikit...aku nie suka sangat pecal walaupun aku bukan Jawa! Nakk tau pecal..jom kita lihat bahat2nya...inipun tak lengkap.Layazzz!
Kuah RM 18/kilo-ready made...meletoppp!
Tapi sebenarnya aku nak cerita fasal ayam salut tepung. Rasanya dari beli kat KFC tu baik buat sendiri. Beberapa tahun lepas isteriku ada membeli kuali,jenama Tupperware,untuk masak pizza tapi sampai la nie lempengpun tak goreng atas kuali tu. Masa beli tu aku dok kutuklah kata membazirlah dan macam2 lagi. tapi ada satu hari tu aku trylah goreng ayam...hemm boleh tahan kerana ayam itu masak rata hingga ke tulang. so,hari Jumaat baru nie aku pun belilah ayam agak2 seekor setengah. peraplah...perap tak susah..pakai apa yang ada ajer masa tu..bawang merah,bawang putih,halia(tiga barang nie blender),sos tiram,kicap,gula,garam,kunyit ,cili boh dua tiga sudu dan serbuk kari ayam..mana masuk dulu...lebur jer mana tercapai...serai patutnya tapi dah tak ada.Perap...petang tu aku balik Seremban.so terperap tiga harilah..tadi petang baru masak haha!Nak tengok hasilnya....
Cara-cara nak goreng...telur ambil putih sahaja...gaulkan kat ayam..lepas tu gaulkan dengan tepung (tepung gandum + tepung goreng Adabi)...panaskan minyak..perlahankan api dan masukkan ayam yang dah bersalut tepung..lepas tu tutup kuali. Nak result yang baik..pakai kuali yang ada pressure...pasti rangup ayam tu!
apamacam ....menarik tak.....haha....lepas tu aku goreng udang pulak..caranya sama sahaja....buang kepala udang....lainnya biar kerana bila dah masak nanti rangup,ekor2nya boleh ngap sekali...apapun kena ingat udang masak sekejap sahaja tak macam ayam .. lupa nak bagitau,kuali yang aku pakai tu
non-stick ,jadi selesalah bab2 terbalikkan barang yang di masak tadi,dan tudongnya ada punat menahan dan melepaskan wap.Kira air pressure punya konsep jugalah gitu...jom layan udang ..home made!Kalau kat sea food pasti RM 100++...
Ini 'mem' aku tangkap...tak pro langsung huhu
Sedapnya..cicah ngan sos atau makan macam tu....kulit2 sekali telan..rangup sekali....!Ok tu ajer..sebenarnya aku buat post nie salah satu sebabnya untuk sahabat ku Steward John. Apapun cubalah kerana ia menjimatkan jika makan secara beramai2...do yrself! *klik gambar untuk besarkan___________________goreng tepung________End
CERITA BARU
- Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui dalam sebuah pondok di tepi kawasan hutan
- Kisah sedih Gadis berusia 19 tahun bertukar wajah menjadi nenek tua
- Universiti Perdana dilancarkan|Biasiswa untuk pelajar yang terpilih ke Universiti Perdana
- Elfira Loy akan berlakon dalam Filem Jepun, Second Chance
- TELCO bersetuju tangguhkan kutipan cukai perkhidmatan 6%, hanya dikenakan untuk pembeliaan pek permulaan
- Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di km214.9, Lebuh Raya Pantai Timur
MENARIK! MESTI BACA!
- NGO Jingga 13 Mohon Menghadap Tuanku Mizan
- Universiti Perdana | Penuntut Diberi Biasiswa – Najib
- UPSR Di Perlis Tetap Diteruskan
- Cukai 6% Prabayar | TELCO Setuju Untuk Tangguh
- Eyrshah Elman | Bayi Lahir Dengan Otak Di Luar Tempurung Kepala
- Bersembunyi Di Bawah Katil 12 Tahun
- Banjir Di Perlis | Mangsa Meningkat Kepada 300
- Disihir Hanya Melalui Gambar FB?
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
2 comments:
macam best jer resepi ayam salut tepung tu.. nanti nak cuba arr.. :)
cuti sakit ekk.. jaga diri yer kanda assoy.. jaga makan n jaga tidur tau..
haha..aku nak try buat eyh skali..drpda bli kfc mkn pom x puas..huhu
Post a Comment