Thursday, September 15, 2011

KOPERAL JENAIN SUBI DIDAPATI BERSALAH MENYEBABKAN KEMATIAN AMINURASYID - PENJARA 5 TAHUN


15/09/2011-09:04pm

Salam 17 Syawal.
Cukupkah 5 tahun.Apapun Allah itu Maha Mengetahui!

______________________________________

Koperal Jenain dihukum lima tahun penjara


2011/09/15


IBU Allahyarham Aminulrasyid Amzah, Norsiah Mohamad (kanan) bersama bapa saudara arwah, Kamaruddin Arshad berbincang selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Koperal Jenain Subi, 48, (gambar kecil) apabila didapati bersalah menyebabkan kematian anaknya pada April tahun lalu. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.
________________________________________________

PERODUA MYVI 1.5 EXTREME AND MYVI 1.5 SE OFFICIALLY LAUNCHED

8643  630xfloat= perodua myvi 1 5 extreme 15 Perodua Myvi 1.5 Extreme and 1.5 SE Officially Launched in Malaysia
      
_____________________________________________________
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. - BERNAMA 







http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoperalJenaindihukumlimatahunpenjara/Article/


_________Koperal Jenain Subi, 48,--bersalah_______End

0 comments: