09/09/2011-10:23am
Salam 11 Syawal
Patutnya begitulah kerana wang yang KWSP dapat adalah dari pencarum-pencarum jadi merekalah yang berhak merasai apa2 peningkatab dalam KWSP...jangan kakitangan KWSP saja yang merasainya,pencarum masih dapat dividen kadar biasa saja.Barulah setiap prestasi membawa makna.
__________________________________
KWSP digesa beri dividen sejajar prestasi
2011/09/09
myvitrd.com
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata ia perlu bagi memastikan pencarum mendapat manfaat serta imbuhan berganda daripada prestasi baik yang ditunjukkan KWSP.
“Untuk itu, adalah wajar sekiranya pencarum turut diberikan ‘bonus’ atau imbuhan yang setara dengan perkembangan semasa serta pengiktirafan yang diterima KWSP,” katanya ketika dihubungi semalam.
KWSP kelmarin buat kali pertama tersenarai sebagai 10 pengurus dana pencen terbesar di dunia dari segi aset pada tahun 2010 dalam kajian terbaru yang dijalankan syarikat perkhidmatan profesional global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Towers Watson.
Dalam kajian tahunan itu, pengurus dana pencen Malaysia itu menduduki tangga kesembilan dengan jumlah aset keseluruhan bernilai AS$145.570 bilion atau RM433.79 bilion, mengatasi pengurus dana pencen Singapura, Central Provident Fund yang menduduki tangga ke-10 dengan jumlah aset keseluruhan bernilai RM431.63 bilion.
Mohd Khalid berkata, kedudukan terbaik yang diperoleh itu tidak akan tercapai tanpa adanya jumlah caruman yang banyak daripada pencarum, justeru setiap perkara baik yang diperoleh KWSP itu wajar dikongsi manfaat bersama.
Katanya, memang sudah menjadi harapan pencarum apabila berlaku perkembangan positif khususnya membabitkan pertubuhan berganda keuntungan mahu pun kedudukan kewangan, pastinya harapan mereka supaya ada sedikit imbuhan kepada pencarum melalui dividen mahupun penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang ada. “Cuma apa yang diharapkan prestasi KWSP ini dapat dikekalkan dan terus ditambah baik supaya ia terus dapat memberikan manfaat berterusan kepada pencarum dan pada masa sama mengukuhkan lagi kedudukan KWSP sebagai antara pengurus dana pencen terbesar dan terbaik dunia,” katanya.
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KWSPdigesaberidividensejajarprestasi/Article/index_html
___________________KWSP wajar bagi dividen lebih___End
CERITA BARU
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/
___________________KWSP wajar bagi dividen lebih___End
CERITA BARU
- Warga emas di temui mati dalam semak akibat sesak nafas di Jalan Usahawan, Setapak
- Anak yatim berusia 11 tahun di liwat di atas siling dan tandas rumah kebajikan
- Rompakan di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam: Motif pembunuhan adalah cemburu
- Kisah percintaan Shahz Jazsle dan Miera Liyana
- Cadangan wajibkan anak bayar nafkah ibu bapa dibatal
- [Gambar]Majlis berinai Faezah Elai
- Suami pukul isteri depan orang ramai sebab tidak sabar menunggu isteri shopping di Jalan Gambang
- Buang Bapa di dekat masjid dan kebas wang miliknya di Pulau Labuan.
- Video pelajar dipukul bertubi tubi oleh senior sekolah agama di Jitra- Bapa buat laporan polis
- Pondan Natasya Farisya berjanji akan berubah atas bantuan Jabatan Agama Islam Perlis
MENARIK! MESTI BACA!
- Ayah Saksikan Klip Video Anak Dibelasah
- 3 Beranak Trauma Dicabul
- Budak Umur 11 Tahun Dakwa Diliwat Rakan Sebaya
- Safee Sali Cetus Fenomena Baru Bola Sepak Malaysia
- CEO Yahoo Dipecat Hanya Melalui Telefon?
- Persatuan Pengguna & NGO Bantah Cukai 6%
- Malaysia Berjaga-jaga Terhadap Influenza A (H5N1)
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment