Saturday, September 17, 2011

NAMEWEE...MAAF AKU TAK BOLEH SUKA.....(VIDEO)

16/09/2011-11:54pm

Salam 18 Syawal
Kadang2  ada betulnya kita tidak memaafkan orang. Hanya kerana filem itu laku di satu panggung tak semestinya ia bagus... tindakan buatlah tanpa merujuk negeri orang atau apa 2 kepentingan...nanti ramai lagi orang buat silap atau kurang ajar. Aku tak minat perjuangan cara nie.... (dalam filem),berhibur bolehlah....jangan jadikan Malaysia rap...Malaysia negara Islam.Apapun tengoklah ini...perjuangan alaf baru..

_______________________________

Kemuka bantahan jika tidak puas hati filem Nasi Lemak 2.0: KDN 

2011/09/16



KLANG: Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.
"Sekiranya ada perkara yang tidak kena boleh kemukakan kepada kita untuk penilaian dan kajian kerana ia memang di bwah KDN pun," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Kapar, di sini, hari ini. 

Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda. 

Presidennya, Faizal Affendi Hashim, berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum. 

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu. - BERNAMA 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KemukabantahanjikatidakpuashatifilemNasiLemak2_0_KDN/Article


______________Nasi Lemak 2.0.......atau 2/10?End



MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/


0 comments: