Thursday, September 15, 2011

REVIEW- SATU HARI DI PAGI 1 SYAWAL 1432H....7.00 PAGI (VIDEO)

15/09/2011-05:36pm
Salam 17 Syawal.

Syawal kian mengecut namun kenangan2 di bulan  yang indah ini berserta silauan pelita2 Ramadan seringkali membuatkan hati kecil ini terusik,tersenyum gembira dan menangis hiba.Hidup ini penuh dengan berbagai liku dan dugaan, tak terkecuali derita disulami dengan kebahagiaan,tangisan dibaurkan dengan senyuman dan sihat diselangseli dengan kesakitan.Atas kerana kita bertuhan,atas kerana keimanan maka kita yakin dan percaya bahawa semua ini datang dari Allah Azzawajalla yang kuasanya tiada batasan,nerakanya tiada sempadan,
syurganya tiada akhiran,para Nabi dan rasulnya memang bukan sebarang pilihan,para maalaikatnya tak terbilang bagai hama berterbangan dan sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul (terakhir) pensuruh Allah.

 Sesungguhnya Al Quran itu Kalamullah dan terpelihara olehnya oleh Allah. Kita tahu dan kita percaya.
Kita juga tahu kenapa Muhammad mengurangkan sembahyang itu dari 50 hanya ke 5 waktu.Amat ku akui betapa sembahyang/solat 5 waktu itu amat berat....hingga ramai yang gagal melakukannya dengan sempurna.

Kadangkala aku terfikir,kenapa aku selalu ingatkan dunia sedangkan dunia semakin jauh ingin lari dariku,kenapa tak aku lepaskan saja segala kerana masaku kian rapat,hatiku kian tersentap,otakku selalu berkira2.....kerana maut selalu mrngada2,kadang bermimpi yang membuka minda,akhirat itu tepat akan ada.....sudahkah aku bersiap sedia, ketar sendi ingin menyambut lamarannya....tak tahu apa pakaian apa warna bila aku menghadapNYA.
(klik untuk besarkan)
Takbir raya dan makna

Ini bukan mainan kata. Setiap kita mesti ada masa memikirkannya.Setiap waktu solat isteri mesti di ajak sama.
Anak2 jangan dibiar belegar2.TV dimatikan bila azan dibaca(laung)..anggaplah ini ingatan sesama kita...ia terbit kerana satu hari di hariraya pertama, atas kuburan/makam (Seremban) aku merasa..(kita akan pulang) tempat ini aku ku singgah juga.Sekadar cerita tanpa rujukan...hanya tangan menaip leka-assoyfinger67

_________________End_________________________
CERITA BARU:
______________________________________

0 comments: