Wednesday, September 7, 2011

TAHAJJUD CINTA-ARTIKEL DAN VIDEO

07/09/2011-01:34am
Salam 9 Syawal.
Tak berapa layan cerita nie (so zero knowledge)......apapun kalau buat sesuatu tak melampau masih dalam kategori selamat dan perlu diingat setiap apa fasal Islam jangan dibawa bergurau atau senda kerana ia akan mengundang kekufuran.Cth: apasal berzina sebat 100 kali...88kali tak bole ker...(kalau jahil dimaafkan tapi kalau bab sendaaan baik istighfar/mengucap..takut tergelincir...tak mau komen banyak tak arif...)
_______________________
'Tahajjud Cinta' : Erma Fatima Mahu Rujuk Dr Asri
Rabu September 7, 2011
Erma (tiga dari kanan) bersama-sama para pelakon Tahajjud Cinta.
PETALING JAYA: Pengarah drama Tahajjud Cinta, Erma Fatima meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama arahannya itu yang dikritik kononnya telah mempersendakan agama Islam.
Erma berkata, individu orang yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan di itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu.
“Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia.
“Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi,” katanya kepadamStar Online.
Tahajjud Cinta lakonan Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa ituberkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.
Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.
Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.
Bagaimanapun kata Erma, Dr Asri belum dapat memberikan komen disebabkan beliau belum berkesempatan untuk menonton drama tersebut.
“Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya.
“Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai,” katanya lagi.
Jelasnya, sejak drama itu mendapat kritikan, dia belum memberikan sebarang komen dan memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi.
“Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan.
“Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh,” ulasnya.
Dalam perkembangan lain, Erma juga bakal muncul dengan telefilem arahannya berjudulOh Haram yang akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini, pukul 9 malam.
Oh Haram mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru pulang dari menuntut pengajian agama dan sentiasa menganggap semua perkara yang dilakukan oleh orang lain adalah haram.
Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Sharifah Amani, Rita Rudaini, Jalil Hamid dan Hamidah Wahab.
__________Erma nak tanya Dr Asri_________End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: