Wednesday, September 7, 2011

TV3 ULANG TAYANG DRAMA SEMPENA ASK 2011- SENARAI TARIKH TAYANGAN


07/09/2011-01:49am
Salam 9 Syawal.
Berita baik buat pencinta drama Melayu..(akulah tu),boleh tengok mana2 yang terlepas tu..bolehler cuci mata (nangis) haha: Nak tau bila?Baca artikel kat bawah nie..aku dah besarkan pun....layanzz
________________________
TV3 Ulang Siar Lapan Drama Sempena ASK 2011
Rabu September 7, 2011
Kemaafan Yang Tertangguh bakal disiarkan pada 30 Oktober nanti
PETALING JAYA: Bersempena dengan penganjuran Anugerah skrin 2011 (ASK 2011) November depan, TV3 bakal menayangkan kembali lapan buah drama yang dicalonkan dalam anugerah tersebut.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, siaran ulangan itu akan bermula pada 11 September hingga 30 Oktober depan iaitu pada setiap Ahad, pukul 10 malam.
Nurul Ain berkata, lapan drama yang bakal ditayangkan kembali itu adalah Berkalung Noda(11 September)Sudu dan Garpu (18 September)Korban Kasih 
Abah (25 September)Yang Terpuji (2 Oktober)Jangan 
Hantar Aku Ke Neraka (9 Oktober 2011)Iqra (16 
Oktober),Airmata Nur Salina (23 Oktober 2011) dan
 Kemaafan Yang Tertangguh (30 Oktober).
"Kesemua drama yang ditayangkan semula adalah drama-drama yang paling mendapat sambutan daripada penonton di TV3 dan ia sebagai penghargaan kepada penonton yang sentiasa menyokong drama tempatan," ujarnya.
Sementara itu, Nurul Ain memberitahu selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan Astro untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij itu.
Beliau turut menegaskan, penganjuran ASK 2011 yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bukan pertandingan antara stesen televisyen, tetapi menilai drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen tersebut.
ASK 2011 akan berlangsung pada November depan.
"Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2011 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif daripada rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.
"Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan,” katanya
“Untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah di senarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas ASK 2011 pada Oktober nanti,” tambahnya.
Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama dan filem tempatan.
Telefilem dan drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.
Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama ini terpilih untuk ditayangkan di televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton.
Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing.
Semua pencalonan akan di nilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
____________ASK2011 diulang tayang-tarikh tayangan____End

CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: