Saturday, September 10, 2011

TAHNIAH FAZLEY YAAKOB-SAMBUT ANAK LELAKI (LAGI) KE3

10/09/2011-09:17am
Salam 12 Syawal.
Nampaknya rumahtangga yang Fazley dah dapat ahli ke 5.Wah dah bertambah besar dan ini menunjukkan rumahtangganya bahagia.Ye lah pakar motivasi katakan,tentu Fazley faham benar dan sentiasa berfikiran positif dalam hidupkan.Apapun tahniah,moga segalanya kekal,,jangan tambah cawangan dah ler..tupun tambah ahli juga,macam Bro. SY kita haha!I followwww.....
_______________________________
FAZLEY DAH SAMBUT 3 ANAK!

anak pertama/source:http://www.budiey.com/gambar-anak-dr-fazley-azrene-suraya/

anak kedua/source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


Fazley & Adik Kongsi Hari Dapat Anak
Sabtu September 10, 2011


(Ketiga)-Fazley memangku Piyush selepas dilahirkan pada 9 September 2011. - Foto ihsan FAZLEY
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob, 33, menganggap tarikh 9 September 2011 sangat unik kerana anak ketiganya, Piyush lahir pada hari yang sama dengan anak kepada adik ketiganya, Faizal.
Menurut Fazley, anaknya dan anak Faizal turut dilahirkan di sebuah hospital swasta yang sama di Kuala Lumpur.
“Saya rasa gembira kerana ibu dan bapa saya menerima dua kelahiran cucu baru serentak. Isteri saya dan isteri Faizal seperti berjanji pula untuk bersalin pada hari ini (Jumaat).
“Jantina kedua-dua bayi itu juga lelaki. Memang sebolehnya mereka nak hamil dan bersalin sama-sama. Tak sangka pula hajat mereka tercapai,” kata Fazley ketika dihubungimStar Online di sini, Jumaat.
Anak ketiganya itu dilahirkan pada pukul 9 pagi, secara pembedahan seberat 3.3 kilogram. Bagaimanapun Fazley enggan mengumumkan nama penuh anaknya sehingga nama tersebut didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara.
“Saya sudah ada nama anak tetapi tak mahu beritahu sekarang. Saya hanya boleh berikan nama timangannya iaitu Piyush.
_________________________

sukakereta.blogspot.com
_________________________
“Anak saya ini dilahirkan lebih besar daripada dua anak yang dilahirkan sebelum ini dan mempunyai lesung pipit di pipi,” katanya suami kepada Azrene Soraya, 32, ini lagi.
Fazley menambah, kelahiran anak ketiga ini mungkin merupakan kelahiran yang terakhir memandangkan doktor menasihatkan isterinya agar berehat daripada hamil lagi disebabkan ketiga-tiga anaknya dilahirkan secara pembedahan.
Gambar Fazley dan keluarga sebelum kelahiran anak ke3..April 2011/Source:http://www.zoomartis.
“Saya bersyukur kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki dan memang selepas berkahwin, saya dan isteri mengidamkan tiga hingga empat orang anak lelaki. Tetapi kami tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak lagi dan menerima anak perempuan,” ujarnya yang turut merancang untuk membuat kemunculan semula dalam bidang nyanyian selepas tiga tahun.
Katanya, album kelimanya yang berjudul Lima akan diterbitkan pada November depan termasuk sebuah lagu yang memuatkan suara anak-anaknya berjudul Lagu Dari Papa.
“Saya menamakan album itu dengan tajuk Lima kerana album ini merupakan album saya yang kelima dan kebetulan jumlah ahli keluarga saya menjadi lima orang
Anaknya yang pertama, Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan juga dilahirkan pada bulan Syawal manakala anak keduanya, Ahmad Fieradz (Piyash) kini berusia 1 tahun 5 bulan.
Source;http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/9/10/mstar_hiburan/20110909145724&sec=mstar_hiburan__________anak ke 3 fadley______Tahniah_EndCERITA BARU

0 comments: