05/09/2011-06:32pm
Salam 7 Syawal.
Moga TS Ariffin dapat menaikkan martabat perundangan negara dengan lebih baik lagi dengan pengalaman yang ada....
___________________________________
Tan Sri Arifin Zakaria dilantik Ketua Hakim Negara
05/09/2011 4:13pm
Pic source:http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/01/tingkat-peranan-peguam-syarie-transformasi-perlu/
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.
mynewshub.my/Tun Zaki Tun AzmiPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Najib berkata, Tuanku Mizan juga memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Arifin, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersara awal.
Perdana Menteri berkata, semua pelantikan berkuat kuasa 12 September ini.
"Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Zaki Tun Azmi di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Hakim Negara, khususnya dalam mentransformasikan badan kehakiman sehingga berjaya mengurangkan kes-kes tertunggak di semua peringkat mahkamah, demi memberi keadilan yang pantas kepada semua pihak.
"Saya juga memaklumkan persaraan awal Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan, pada umur 65 tahun yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Kerajaan amat berterima kasih atas segala jasa beliau kepada badan kehakiman, khususnya dalam memimpin Mahkamah Rayuan,” katanya.
Najib juga berkata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan kini berurusan dengan Istana Negara bagi menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan setia untuk hakim berkenaan. - Bernama
_______________Ketua Hakim Negara mulai 12 Sept2011---End
CERITA BARU
- Harimau berkeliaran, bimbangkan penduduk Kampung Wang Pinang dan Kampung Padang Tembak
- Gara Gara Produk kecantikan, Gadis tangguh majlis pertunangan kerana malu dengan mukanya yang menjijikkan
- Kes Simbah asid di Taman Seri Bakau: Gara Gara berebut seorang pondan
- 300 ekor kucing diselamatkan apabila dibiarkan kelaparan di Pusat jagaan Haiwan di Damansara Damai
- Gangguan air di Daerah Seremban selama 9 jam bermula esok (6/9/2011)
- Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN Kepada Pelajar Lama IPTA/Politeknik Bagi Semester 1 Sesi 2011/2012
- [updated] Permohonan online ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
MENARIK! MESTI BACA!
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment