Wednesday, September 7, 2011

TIBA-TIBA SEMUA ORANG BACA BUKU SEJARAH..



07/09/2011-12:20am
Salam 9 Syawal.
Ada dua artikel dari harakah di sini. Tak adillah kalau artikel ini tidak
disiarkan.Asyik ambil rujukan akbar komersial sahaja tak jadi dik.
Apapun artikel ini macam melatah mengikut musim. Mungkin artikel
ini tak wujud jika Mat sabu tak lepas cakap. Tetiba sahaja semua
orang cerita fasal sejarah, sedangkan sejarah Rasulullah yang
sepatutnya di beri perhatian penuh tak timbul. Hanya kerana  Mat
Sabu tersalah sebut barangkali Sejarah jadi mata pelajaran penting
di Malaysia sekarang. Rasanya kalau kita baca sejarah Tok guru PAS
sendiri lagi molek.Sejuk mata dan hati. Nampak macam PAS kalut
dalam beri penjelasan. Lawatan tiba2 dibuat.Umno biasalah...inilah
masanya....Kan sejarah dah cakap kerana mulut macam2
boleh binasa...orang kerja kilang macam aku gak rugi bila ada debat...
keluarlah belanjaitu dan ini...duit kerajaan juga yang habis....
alahai..sejarah kena lulus tahun nie nampaknya!
Aku lagi suka kalau mereka2 nie fikir
Sejarah kenaikan harga barang kat Malaysia ..
ada gak faedah untuk masyarakat...sekarang nie rasanya
nak baca buku pun tak senang dek kerana orang sibuk cari duit!!!


Gambar hiasan sumber gambar:http://www.ibnuhasyim.com/2010/08/2-berita-menarik-dari-tok-guru-nik-aziz.html
__________________________________________________


Ahli sejarah jangan tangguh ulas buku sejarah
   
PAKAR sejarah seperti Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Ramlah Adam 
sepatutnya  tidak menunggu lama untuk mengulas sebarang buku 
sejarah yang diterbitkan, malah mereka wajar memberi nasihat atas 
buku-buku sejarah yang ada.
Apabila ada suara keraguan tentang sejarah negara ini, segera-
lah ahli-ahli sejarah membuat penjelasan supaya sejarah itu 
tidak jadi barang keliru.
Buku sejarah yang dirasakan rasmi bagi negeri Johor, bertajuk 
Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, disunting  
oleh  Prof. Abu Bakar Hamid dari Universiti  Malaysa dengan kata 
penghantar dari Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman telah 
diterbitkan dalam tahun 2004.
Buku inilah yang menjadi rujukan Mohamad Sabu berhubung 
sejarah Mat Indera yang mengepalai gerakan menyerang Rumah 
Pasung Bukit Kepong di zaman penjajah dulu.
Buku yang membariskan Mat Indera bersama Sultan Ismail dan 
lain-lain watan Johor meletakkan Mat Indera sebagai seorang 
putera yang mengukir nama Johor. Ia tidak kata Mat Indera itu wira. 
Penulis menyerahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan 
adakah  dia petualang yakni pengganas atau orang terbilang.
Apabila namanya dimuatkan dalam buku bertanjuk Pengukir 
Nama Johor, maka apa ertinya kalau dia bukan seorang 
pejuang terbilang?
Mat Sabu sebagai seorang yang tidak senang dengan rakam 
sejarah kemerdekaan Malaysia mengambil buku ini sebagai 
sumber bagi menilai semula nama Mat Indera yang dicap oleh 
penjajah British sebagai penjahat.
Kerajaan Johor seperti sudah mempertikai tohmah penjajah 
British itu. Buku inilah yang menjadi pegangan Mat Sabu.
Selepas Mat Sabu mendedahkan dokumen bercetak tentang 
hujuhnya atas sejarah Bukit Kepong itu barulah ahli-ahli sejarah 
mentakwil kesahihan buku Yayasan Wawasan Johor itu. Lapan 
tahun selepas buku itu terbit baru profesor sejarah menyoal 
kesahihan fakta sejarah itu. Itupun nasib baik Mat Sabu mem-
bangkitkan kandungannya.
Kiranya Mat Sabu tidak memberi reaksi positif tentang 
kandungan buku itu, maka yang membacanya tentu 
menerimanya sebagai Mat Sabu menerimanya.
Jika ia ada keraguan pada pandangan ahli sejarah, dan 
ahli-ahli sejarah ada sifat untuk mengamati setiap bahan 
bertulis mengenai sejarah, mengumpulkan apa saja yang 
dikaitkan dengan sejarah, cepat-cepat ahli sejarah membuat 
komen, membetulkan apa yang silap dan mengukuhkan 
mana-mana fakta yang tidak lengkap.
Para profesor itu ada murid-murid, kerahkan mereka 
mengumpul segala dokumen yang releven dan kirim 
mereka membuat kajian, jadilah mata dan telinga terhadap 
pandangan rakyat tentang sejarah tidak kira siapa dan 
apa kecenderungannya.
Siapa kata Ibrahim Yaakub yang lari ke Indonesia itu 
bukan pencetus semangat kemerdekaan. Tetapi apa yang 
ahli sejarah buat menempatkan namanya sebagai pengukir 
nama Malaysia?
Oleh kerana ahli-ahli sejarah gagal membuat takwil yang 
segera atas buku yang mencnerminkan pandangan 
kerajaan Johor, maka orang sudah ada persepsi yang 
kedua tentang kisah Bukit Kepung itu.
Tan Sri Jins Samsuddin pula lambat memberi reaksi atas 
pandangan baru tentang Bukit Kepong sedang beliaulah 
orang yang melukiskan peristiwa itu dalam filem.
Sekarang orang sudah memulakan usaha menilai semula 
sejarah itu. Jins bukanlah orang yang terikat pada pandangan 
tua satu-satu kejadian. Watak-watak yang diambilnya dalam 
lakonannya banyak bercorak pemberontakan  seperti 
Si Tanggang, Megat Komeng dan lain-lain.
Malah dia menerima penilaian semula atas sejarah yang 
tidak popular seperti Hang  Jebat. Bukankah Hang Jebat 
itu bapak penderhaka? Tetapi orang memberitahu, 
Jins dikatakan menamakan seorang anaknya Hang Jebat. 
Bukankah dia juga gemar menilai semula sejarah?
Sumber:http://202.190.180.135/index.php/columnist/subky-
latif/5257-ahli-sejarah-jangan-tangguh-ulas-buku-sejarah

__________________________________________________
Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Sept: Pemimpin Umno tempatan tidak berpuas hati 
dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah 
mangsa tragedi Bukit Kepong.
“Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah,” kata Ketua 
Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.
Jelasnya, bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, beliau telah 
berbincang dengan Mohamad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. 
Berikut penjelasan penuh Suhaizan.
Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang DiPertua
PAS Kawasan Pulai, Johor, Saudara Zaba Bin Ibrahim untuk 
berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong 
di rumahnya di Skudai Kanan.
Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan 
untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 Sept.
2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, 
Mohammad Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru.
Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa 
Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya 
semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu.
Tujuan utama pertemuan semalam adalah:
1.      Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal 
yang mulia
2.      PAS mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah 
bagi menuntut ganti rugi dari Kerajaan British atas kematian ibu 
dan adiknya
3.      Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong.
 Zaba telah membuat panggilan terakhir sekitar jam 2 petang semalam 
untuk mengesahkan kehadirannya di rumah Puan Jamilah manakala 
saya pula telah membawa Mat Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan 
menggunakan kenderaan saya sendiri.
Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih 
kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada 
mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut.
Zaba mengesahkan kepada saya bahawa  mereka adalah pemimpin 
Umno tempatan di situ yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan 
Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang 
kami untuk menziarahi Puan Jamilah.
Bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, saya telah berbincang 
dengan Mat Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut.  Lagipun 
masa sudah agak lewat kerana Mat Sabu juga mempunyai jadual yang 
agak ketat di sebelah petang hari tersebut.
Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup 
kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli Umno 
di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku ‘Pengukir Nama 
Johor’ tulisan Ismail Adnan bertajuk ‘Mat Indera’ pada muka surat 109.
Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. 
Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya 
ditulis sendiri oleh Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
Niat PAS yang baik ini telah disambut dengan halangan ala-ala penjajah. 
Saya tidak sangka setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan dan 
anak-anak muda juga sudah banyak terdedah kepada perkembangan
isu-isu semasa melalui saluran media baru, rupa-rupanya masih ada 
lagi pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah di zaman penjajah.
Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku 
‘Pengukir Nama Johor’ agar menasihatkan pemimpin Umno Skudai 
Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini.
___________________________musim kajian Sejarah______End
CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

Belalang hijau Perisik said...

naik penin belalang dgn situasi negara kita skrg...

mungkin lirik lagu dewa ni ada benarnya-


Bukan rahasia bila segenggam kekuasaan,
lebih berharga dari sekeranjang kebenaran,
Bukan rahasia bila penguasa pun bisa,
merubah sejarah dan memutar balikkan fakta

:)

ASSOYFINGER67 said...

Belalang Hijau;kat rumah anak bertekak,kat luar org tua pulak memekak,,,rimaskan...apapun tak berubah...:( Masa depan taknak ubah...yang lampau tu yang nak di ubah...