Monday, October 10, 2011

4 PEMBANGKANG BANTAH-CADANGAN NAIK GAJI AP DITARIK BALIK


10/10/2011-09:00pm

Salam.
Bagus juga ditarik balik fasal mereka tau mereka tak harap langsung pada kenaikan itu, duit tu boleh ler buat benda2 lain yang berfaedah! Kakitangan awam ada yang tak setuju ker naik gaji...?

_________________________

Cadangan naik gaji Ahli Parlimen ditarik balik


2011/10/10


KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, selepas mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012.
Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CadangannaikgajiAhliParlimenditarikbalik/Article/

____________End
CERITA BARU




MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: