Sunday, October 2, 2011

JAMAL ABDILLAH MINTA 1 JUTA....



02/10/2011-06:50

Salam.
Rasanya ada logiknya dia berkata begitu.Namun pasaran di Malaysia tidaklah sehebat harga yang di mintanya dan jika satu lagu dia dibayar katakan  RM10,000 maka untuk satu juta dia
kena menyanyikan 400 buah lagu.....dan jika satu lagu lima minit ,dia perlu menyanyi tanpa henti 33.333 jam tanpa henti....barulah boleh ambil RM1 juta....boleh ICU tu haha 

________________________

Jamal Abdillah Minta RM1 Juta Untuk Berlakon Lagi


    October 1, 2011

Jamal Abdillah Minta RM1 Juta Untuk Berlakon Lagi
KUALA LUMPUR – Raja Pop tanah air, Jamal Abdillah bersedia untuk berlakon dalam filem terbaru lakonannya jika ada mana-mana penerbit yang sanggup membayarnya sehingga RM1 juta kerana ia katanya berbaloi dengan pengalaman dan popularitinya dalam bidang itu.
Jamal yang pernah berlakon dalam filem box-office tahun 1985 berjudul Azura bersama Fauziah Ahmad Daud berkata, dia meletakkan harga bayaran itu kerana tidak masanya banyak terbuang di lokasi-lokasi penggambaran filem jika bayaran yang diterimanya tidak berbaloi.
“Kalau bayaran berlakon yang saya terima itu sedikit ia bukan sahaja merugikan masa dan tenaga saya tetapi juga bakat serta populariti saya dalam bidang lakonan. Lebih baik saya tumpukan masa saya dalam bidang nyanyian yang lebih senang, cepat dan berbaloi buat saya.
“Sebagai contohnya, sekarang ini kalau saya menyanyi dalam satu-satu persembahan saya dibayar lebih RM10,000 hanya untuk menyanyikan dua buah lagu sahaja,” katanya kepada para wartawan di Angkasapuri, di sini sewaktu pelancaran Konsert Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM.
Konsert yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 Orkestra RTM itu menampilkan Jamal Abdillah sebagai salah seorang penyanyinya selain Andre Goh, Noryn Aziz, Datin Paduka Julie Sudiro, Syafinaz Selamat dan kumpulan Putera.
Konsert yang akan dirakamkan di Auditorium Perdana, Angkasapuri itu pada 3 Oktober ini pukul 8.30 malam dibuka untuk tontonan percuma kepada orang ramai di mana rakaman itu akan disiarkan di TV1 pada 1 November depan. – mynewshub.my
_____________jamal-1 juta____End
CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: