Saturday, October 1, 2011

PANDANGAN PM KE ATAS NAMEWEE...(IKUT LAPURAN UTUSAN )


01/10/2011-01:38am
Salam.....

Asal sokong segalanya ok....kecewa dengan lapuran Utusan yang di ++++ oleh

Namewee..kalau benarlah PM kata macam nie makin besar kepalalah dia..apa nak

buat,kemenangan adalah penting...so jangan cuba rosakkan keadaan...undi kaum Cina
banyakkan..terasa kecewa!

 "yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk 
 negara ini"-DS Najib Tun Razak


_______________________________
30/09/2011 10:44pm


Mengenai Pengarah filem Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee, beliau berkata Namewee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri."Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.
"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,” katanya.
Mengulas beberapa video yang dihasilkan oleh Namewee yang dikatakan menimbulkan kontroversi, Najib berkata Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri.
"Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,” kata Najib.
Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm

_____________End

CERITA BARU



MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

1 comments:

ASSOYFINGER67 said...
This comment has been removed by the author.