08/01/2012-08:52am
Salam.
Jika dilihat pada fakta memang amat sukar Datuk Lee nak mengalahkan Lin Dan....Apapun harap sesuatu terjadi....sesuatu yang luarbiasa dari biasa perlu bagi mengalahkan Lin Dan.
Click here:for live result:(2 link)-perlawanan sedang berlangsung!
>>livescore/scoreboard.
>>LiveScore Board

__________________________
Bahang aksi Olimpik mula terasa
2012/01/08
CHONG Wei mara ke final Terbuka Korea buat kali keempat berturut-turut.
LIN Dan benam Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang tahun lalu.
Chong Wei, Lin Dan berentap lagi dalam ‘final impian’ di Terbuka Korea, hari ini
BAHANG pertembungan antara dua musuh tradisi, Lee Chong Wei dan Lin Dan menjelang Sukan Olimpik Julai ini sudah terasa apabila kedua-dua akan berentap dalam ‘final impian’ pertama musim ini dalam pembuka tirai kejohanan badminton dunia Terbuka Korea, hari ini.
Chong Wei, 29, mara ke final buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan termahal yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3 juta) itu apabila mudah menundukkan naib juara Terbuka Macau, Du Pengyu dari China 21-8, 21-13 dalam tempoh 37 minit.
Sementara Lin Dan, juara dunia empat kali yang membenam Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang tahun lalu menewaskan Sho Sasaki dari Jepun 21-16, 21-14 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir sesama pemain kidal yang berlangsung selama 47 minit.
Pertemuan kedua-dua seteru itu sekali gus mengulangi aksi final tahun lalu yang menyaksikan Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan selepas tumbang kepada Lin Dan 19-21, 21-14, 16-21.
Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock ketika dihubungi menyifatkan pertemuan itu tetap 50-50 walaupun anak didiknya tewas tiga pertemuan terakhir kepada pemenang emas Sukan Olimpik itu di final Kejohanan Dunia dan separuh akhir Terbuka Hong Kong dan China.
“Saya harap Chong Wei tidak perlu memikirkan tiga kekalahan terakhir di tangan musuhnya itu, sebaliknya perlu turun beraksi dengan lebih yakin dan fokus bagi membalas dendam kekalahan berkenaan.
“Malah, dia menunjukkan reaksi positif dan semangatnya untuk membalas dendam jelas membara sebaik saya beritahu dia akan menentang Lin Dan di final,” kata Seu Bock.
Seu Bock juga menegaskan anak didiknya perlu tampil lebih agresif dan lebih kuat dari aspek fizikal kerana pergerakan bulu tangkis yang digunakan agak perlahan yang mengganggu rentak permainan kerana ia sukar dimatikan dan mudah diangkat lawan.
“Saya akan berbincang strategi yang akan digunakan malam ini (malam tadi) bersama-sama Rashid (Sidek) dan Chong Wei. Jadi, saya harap dia dapat membuat permulaan baik dengan menjuarai kejohanan ini sekali gus merangsang semangatnya menghadapi cabaran seterusnya,” katanya.

________________________EnD
CERITA BARU ELLEN
- PENYAMUN KURUNG WANITA HAMIL 6 BULAN DALAM TANDAS
- LAGU BARU YUNA KHAS UNTUK KEKASIHNYA , QI
- KERANDA PELIK JADI TARIKAN [GAMBAR]
- WANITA MENYAMAR LELAKI MASUK RUMAH JIRAN
- TONG SAMPAH MELETUP:6 KANAK KANAK DAN SEORANG LELAKI TERBUNUH
- TERKEJUT KORDIAL YANG DIBELI BERTUKAR WARNA
- WARTAWAN DITEMBAK MATI
- LOKASI PERKELAHAN POPULAR DI MIRI ROSAK AKIBAT HUJAN RIBUT DAN OMBAK BESAR
Post Terkini Belalang
- Video Highlight Kelantan 1 – 2 Negeri Sembilan 7 Januari 2012 | Piala Sumbangsih
- Keputusan Terkini Kelantan vs Negeri sembilan 7 Januari 2012
- Kertas Nombor Ekor Tertera Ayat Al-Quran
- Akhiri Hidup Disisi Gitar Tersayang
- Nama-nama Peserta Raja Lawak 6
- Bangunan Dan Kereta Di Conteng Pihak Tidak Bertanggungjawab
- Wanita Hampir Maut Ditikam Kekasih
- Empat Parah Terbakar Di Karnival Jalur Lebar 1Malaysia
- Kedai Barangan Lusuh Di Putra Heights Meletup
- Sindiket Penipuan Internet Terbesar Tumpas
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment