Sunday, January 8, 2012

IBUNEGARA SESAK-ISNIN 09/01/2012

08/01/2012-07:53am
Salam.
Tengok dari jauh!
_________________________
Beberapa Jalan Di Ibu Negara Dijangka Sesak Isnin Ini
Ahad Januari 8, 2012
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin ini.
Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.
Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.
Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu.
"Pengguna jalan raya perlu elak daripada menggunakan jalan-jalan itu jika tiada urusan penting.
"Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam. Orang ramai perlu mematuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memastikan kenderaan mereka yang diparkir tidak menghalang lalu lintas pada hari itu.
Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.BERNAMA
_________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN 

visit here:
pakar kami:
stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

Diari Si Froggie said...

sesak lagi la KL ea dah la memang KL sesak..hehe. Nice buletin pagi :)

ASSOYFINGER67 said...

Aida Omar;sesak tusatu hal,kesesakan dipolitikkan oleh pelbagai pihak,pas tu kutuk sesama sendiri...tu yg jadi lagi sesak tu...sesak minda...huhu