Sunday, January 29, 2012

JEZAMINE LIM-TAYANG GAMBAR PERUT MENGANDUNGNYA (ISTERI HARITH ISKANDER) - 2012

29/01/2012-11:27am

Salam.
Apa yang dipaparkan disini adalah sesuatu yang tak digalakkan ditiru.Sekadar bahan bacaan sambil tengok perut.....(perut aku pun boleh buat post nie haha).Ingatlah, aksi begini tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Apapun jom layan entri perut ini...anda ada cita2 keer nak buat macam nie (pelupornya Victoria Beckhamlah..tak silap).
_______________________

Harith tayang perut isteri

 29 Januari 2012

SATU daripada beberapa keping gambar Harith bersama isterinya Jezamine. Gambar ini dipetik daripada akaun Facebook milik Jezamine yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.



SERBA-SERBI tentang anak itu anugerah. Malah, semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir.
Sekarang pula sudah menjadi satu trend, bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.
Maka terkebil-kebil dan terliur pula Diva nak mengandung bila tengok gambar-gambar kebahagiaan pelawak tersohor Harith Iskandar dan isterinya, Jezamine Lim yang sedang sarat mengandung.
Fuhh! Cantik dan seksi sekali perut puan doktor berkenaan. Dapat juga dibayangkan betapa cantik dan bermakna sungguh bayi di dalam perut Jezamine itu.
Yelah, belum keluar lagi si ibunya sudah bergambar sakan menonjolkan anak yang sedang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Bukan senang nak ada anak.
Kalau tak silap, Harith dan Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mati mendedahkan gambar perut yang sarat tapi tetap anggun dalam persalinan yang sangat minimalis.
Selepas ini Diva pasti tak sabar pula nak tengok wajah anak Harith dan Jazemine yang kembali ramping.
_________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN 


Post Terkini Belalang


visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: