Sunday, January 29, 2012

VENUS 2012 - HIDUPAN DITEMUI?

29/01/2012-09:55am

Salam.
Satu penemuan yang sebenarnya masih dalam keadaan yang kabur.Lagipun  dalam Al Quran tak menyebut apa2 tentang hal ini maka aku anggap maklumat ini hanyalah satu siri bacaan menarik yang aku paparkan sebagai hiburan dan mengisi imaginasi sesiapa yang suka membaca tentang angkasalepas.Ingatlah, apabila kita mendongak ke langit jangan lupa bahawa kaki kita akan sentiasa berpijak di bawah kecuali kita dalam kapalterbang..huhu.

______________________________________

Saintis Russia kesan makhluk jengking di Kejora

2012/01/29

Venus
Venus



MOSCOW: Sekumpulan penyelidik di Russia mendakwa wujud hidupan di planet Kejora (Venus) selepas menganalisis gambar yang diambil satelit negara itu 30 tahun lalu. 

Saintis di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Russia, Leonid Ksanfomaliti, berkata penelitian berulang kali ke atas imej yang diambil satelit Venus-13 pada 1982 menunjukkan sejenis makhluk berbentuk kala jengking dan ketam yang bergerak ketika dirakam.


Venera
Images of the surface of Venus taken by the Soviet Venera-13 descent module in 1982: Russian scientist Leonid Ksanfomality claimed to have seen a 'disc' moving, but image analysts point out that it's more likely to be a lens cap


Read more: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2090556/Life-Venus-Russian-scientist-claims-seen-scorpion-probe-photographs.html#ixzz1ko5h0K00



“Makhluk itu ‘muncul, bergerak dan kemudian menghilang. Lupakan teori yang menyatakan bahawa tiada hidupan di Kejora kerana teori terbaru ialah Kejora dan Bumi kelihatan mempunyai persamaan,” katanya dalam laporan di jurnal Penyelidikan Saintifik Sistem Suria yang dipetik akhbar Daily Mail.
New life? Russian scientist Leonid Ksanfomaliti, claims this image, taken from a probe that landed on Venus in 1982, shows a scorpion-shaped life form
New life? Russian scientist Leonid Ksanfomaliti, claims this image, taken from a probe that landed on Venus in 1982, shows a scorpion-shaped life form

Ksanfomaliti said that he had spotted several objects which seemed to 'move' as if alive, including a scorpion and a disc
The probe is bottom of the picture and left, with debris in the middle; Ksanfomaliti said that he had spotted several objects which seemed to 'move' as if alive, including a disc - but space experts say that the 'new life' is probably a lens cap


Read more: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2090556/Life-Venus-Russian-scientist-claims-seen-scorpion-probe-photographs.html#ixzz1ko61VABY
 

http://donpmitchell.blogspot.com/2012/01/life-forms-on-venus-probably-not.html
Suhu di planet Kejora sebelum ini dikatakan mencapai 464 darjah Celcius dan permukaannya sentiasa dipenuhi kabus tebal berasid akibat kesan gas rumah hijau di atmosfera. 

Saintis di Universiti Teknologi California, Profesor Andrew Ingersoll, berkata teori baru ketika ini memang menunjukkan bahawa Bumi dan Kejora ada persamaan. 
Beliau berkata ada kemungkinan banyak air di Kejora dan ada banyak karbon dioksida di Bumi. 

Suatu masa dulu mungkin pernah wujud lautan di Kejora, tetapi saintis percaya tiada cecair di planet itu selama hampir dua bilion tahun. 
Bagaimanapun, Ksanfomaliti berkata kemungkinan wujud hidupan di planet itu masih tidak boleh dinafikan. 

Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, kenyataan Ksanfomaliti memerlukan banyak lagi penyelidikan lanjut berikutan wujud beberapa keraguan. 

Seorang profesor di Universiti Arizona berpendapat imej bergerak diambil satelit Venus-13 mungkin tidak menunjukkan adanya hidupan di Kejora. 
“Ia mungkin hanya komponen mekanikal,” katanya. 

Agensi Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika (NASA) pula berpendapat, imej bergerak itu besar kemungkinan adalah lensa kamera yang tertanggal dan jatuh di permukaan Kejora. 

“Kita perlu kajian lanjut,” kata seorang pegawai agensi itu. 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaintisRussiakesanmakhlukjengkingdiKejora/Article

__________________________End
CERITA BARU ELLEN 

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

bacaan yg menarik pagi2 ni...*err, pg lg kan..hehehe*

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;haaa!terlajaklah tu...huhu.arie nie nak buat udang masak cili api tempoyaklah...