Friday, January 27, 2012

KL GANGSTER II...TEMPAT ROSYAM NOOR LEPAS GIAN

27/01/2012-12:41am

Salam.
Moh layan jer...nanti keluar filem nie pakat tengok pulak....tak sabo den nak layan cerita tanpa cinta nie hahaha,,,,wa pun abang (badan) besar gak....kih kih...
Prekuel (The beginning) KL Gangster 2!

_____________________________

Lepas gian

2012/01/26

pix_gal0
Rosyam buktikan usia bukan halangan untuk lakukan aksi lagak ngeri 

MELIHAT kepada proses penggambaran filem KL Gangster II, boleh dibayangkan aksi yang padat dengan lagak ngeri daripada barisan pelakon utamanya.
Lebih-lebih lagi filem prekuel arahan pengarah muda, Syamsul Yusof itu menampilkan pelakon berpengalaman yang sememangnya terkenal dengan aksi lagak ngeri atau stuntman.
Bintang Paling Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 (ABPBH2002), Rosyam Nor mengakui gian untuk tampil dengan aksi bahaya menerusi filem terbaru lakonannya. 

Selain itu, pelakon lain yang digandingkan di dalam filem ini seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Ridzuan Hashim, Syamsul Yusof dan Soffi Jikan sudah terbukti kewibawaan sebagai bintang pelapis. 
Photobucket 
http://beautifulnara.com/35-gambarbabak-dari-kl-gangster-2-prekuel/ 
“Rasa gian untuk beraksi lasak sudah lama saya pendam. Kali terakhir saya muncul dengan karakter ganas menerusi filem Castello arahan Bade Azmi pada tahun 2006. Walaupun selepas itu saya masih menerima tawaran filem, namun terpaksa menolak kerana karakter itu kurang mencabar kerjaya saya sebagai pelakon, begitupun ,saya hanya menerima tawaran drama saja. 

“Peluang yang diberikan Skop Production Sdn Bhd (SPSB) memang tidak seharusnya ditolak kerana karakter Tailong yang diberikan kepada saya amat mencabar, secara tidak langsung, karakter itu akan memberikan impak kepada kerjaya lakonan saya yang sudah lama tidak muncul dengan genre filem aksi seperti ini,” katanya. 
Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin, 45, mengakui berani mengambil risiko untuk melakukan sendiri aksi lagak ngeri memandangkan dia mahu menghargai usaha pengarah menggunakan penggunaan teknologi baru di dalam pembikinan filem itu. 
Photobucket 

Banyak aksi lagak ngeri yang dilakukan Rosyam mendapat pujian daripada pengarah, terutama keberaniannya duduk melutut di atas kenderaan yang sedang bergerak laju untuk melakukan aksi tembak-menambak. 

“Aksi itu tidak dirancang bersama pengarah, namun ketika kamera merakam babak ini timbul keberanian dan keyakinan untuk memberi aksi yang lebih meninggalkan impak kepada lakonan dan filem itu. 

“Jika hendak ikutkan, memanglah saya takut melakukan aksi lagak ngeri itu, namun saya harus buktikan kepada masyarakat menerusi filem ini saya seolah-olah ‘comeback’ untuk melakonkan aksi lasak. 
Photobucket 

“Bila saya melihat Syamsul banyak menggunakan teknologi baru dalam pembikinan filemnya seperti penggunaan kamera Jimmy Jib yang memerlukan kos yang mahal, saya jadi bertanggungjawab untuk menghargai penggunaan kamera itu. Memang sayang kalau tidak mengambil peluang memberi shoot menarik dalam filem itu. Saya harus tonjolkan kemampuan saya yang sudah lama tidak beraksi,” katanya yang mengakui Tailong adalah watak yang paling jahat pernah dilakonkan sepanjang menceburi bidang lakonan.
  Photobucket 
http://beautifulnara.com/35-gambarbabak-dari-kl-gangster-2-prekuel/ 
Pengalaman berkerja bersama sutradara muda yang juga anak kepada produser terkenal, Datuk Yusof Haslam, Rosyam memuji usaha keras anak muda itu yang kreatif dan berani mengeksploitasi sesuatu yang baru di dalam industri perfileman. 

“Syamsul suka minta pandangan daripada pelakonnya sebelum melakukan sesuatu babak, secara tidak langsung pelakon dapat berkongsi idea untuk memberikan impak kepada lakonan setiap pelakon. Dia memang mempunyai idea yang banyak dan berfikiran terbuka,” katanya. 
Photobucket  Photobucket 
http://beautifulnara.com/35-gambarbabak-dari-kl-gangster-2-prekuel/ 
Sebelum ini Syamsul pernah berkata, Rosyam adalah antara pelakon yang sudah lama diinginkan terbabit di dalam projek filemnya. Komitmen dan bakatnya menarik perhatian pengarah yang menjanjikan akan kembali bekerjasama selepas berakhirnya filem KL Gangster II. 

“Saya berterima kasih kepada Syamsul kerana menghargai usaha saya selama ini. Saya memang tidak ada masalah untuk terus bekerjasama selepas ini. Sebenarnya perkara sama saya lakukan kepada setiap pengarah untuk memberi kepercayaan kepada mereka dengan bakat yang saya ada. 

“Meskipun usia saya semakin meningkat, namun berlakon dalam filem aksi seperti ini sedikitpun tidak berasa ada perbezaan daripada lakonan saya sebelum ini,” katanya. 

Sementara itu, Rosyam yang turut dicalonkan menerusi kategori Anugerah Seri Perak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) menghargai usaha penganjur mengimbas kembali sejarah kegemilangan majlis itu. 

“Setiap penganjuran sesuatu penganugerahan harus ada idea baru agar ia tidak nampak sama seperti sebelum ini, lebih lagi tahun ini ABPBH menyambut sambutan ke-25 jubli perak penganjurannya. 
Photobucket 
http://beautifulnara.com/35-gambarbabak-dari-kl-gangster-2-prekuel/ 
“Saya berasa bertuah kerana menjadi salah seorang daripada 12 artis yang disenaraikan dalam kategori khas itu, saya juga tidak melihat penganjur mewujudkan kategori itu untuk dipertandingkan, tetapi lebih kepada mengimbas Bintang Paling Popular. 

“Bukan saja saya, mungkin calon lain juga tidak terlalu mengharapkan kemenangan menerusi kategori itu, namun apa-apa pun saya akan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis paling berprestij di dalam industri hiburan tanah air,” katanya. 
To see more pic,to to link under the picture!
________________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN

0 comments: