Friday, January 13, 2012

LIN DAN TEWAS AWAL (TERBUKA MALAYSIA 2012)

    


13/01/2012-09:04pm
Salam.
Lin Dan lagi dan lagi...tak habis2 buat perangai...apapun Lin Dan Pasti akan bermain mati-matian di London Julai nanti...masa tulah sapa kalahkan dia sah lebih power dari dia!

_____________________cerita sisipan terkini>>

Hattan Sah Bercerai Talak SatuPhotobucketSaat bahagia

PETALING JAYA: Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis

___________________________<<

____________________________________

Lin Dan kalah: Kejutan atau sandiwara

2012/01/13

JORGENSEN (kanan) dan Lin Dan.
JORGENSEN (kanan) dan Lin Dan.
Bukan aksi seratus peratus: Jorgensen 

KEJUTAN atau sandiwara China? Itulah persoalan yang timbul apabila juara dunia empat kali Lin Dan terkandas di pusingan kedua apabila tumbang mengejut kepada Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15, semalam.
Namun, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meniti laluan berbeza apabila menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-8, 21-18 sekali gus mencerahkan harapan memenangi kejuaraan kelapan selepas ketiadaan musuh ketatnya itu.
Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing kerana mereka sering melakukannya. - Peter Gade, Pemain veteran Denmark
“Saya tidak mahu terlalu yakin kerana tanpa Lin Dan, saya tetap perlu berdepan beberapa nama besar seperti Taufik Hidayat di suku akhir esok (hari ini) dan kemungkinan besar Chen Long di separuh akhir,” katanya.

Begitupun, kekalahan Lin Dan mungkin dirancang China lebih awal bagi mengelakkan dia dikatakan ‘menjual perlawanan’ ketika menentang rakan senegara Chen Jin di suku akhir, hari ini.

Ini kerana ramai menjangkakan Lin Dan akan memberi kemenangan kepada Chen Jin bagi membolehkan rakan senegaranya itu naik satu tangga dalam ranking dunia ke kedudukan keempat bagi membolehkan China memiliki tiga wakil di Sukan Olimpik nanti.



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LinDankalah_Kejutanatausandiwara/Article
_____________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN  

0 comments: