13/01/2012-06:54am
Salam.
Fasha nak kahwin.Elok benarlah tu...masa dah sesuai!Harap berbahagialah...soal lakonan memang aku suka cara lakonan dia...lain hal tal campur!
______________________________
Hanya Media Terpilih Di Jemput Majlis Nikah Fasha
SUBANG JAYA: Pelakon Fasha Sandha hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih termasuklah mengundang wakil media tersebut meraikan majlis pernikahannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai).
Fasha menggambarkan hanya media yang rapat dengannya akan mendapat peluang tersebut tetapi enggan menyatakan senarai media yang dimaksudkan.
"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua.
"Bagaimanapun saya tidak akan membuat pengumuman secara sidang media seperti para selebriti selalu lakukan kerana dia (Jejai) agak segan untuk menghadiri acara sebegini.
"Justeru itu saya akan memilih hanya enam wakil media yang rapat untuk mengumumkan hari bahagia itu," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
Baru-baru ini, sebuah laman blog melaporkan bahawa pelakon yang popular dengan drama Cinta Elisa itu kini sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya
Dikhabarkan juga, perkahwinan Fasha dan bekas suami kepada pelakon Nora Danish itu akan berlangsung pada 28 Mac depan iaitu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Fasha.
Bagaimanapun, pelakon jelita itu menafikan akan berkahwin pada tarikh tersebut kerana dia akan ke Perancis untuk penggambaran drama slot Akasia TV3 berjudul, Seindah Safura.
"Jangan pula ada yang membuat spekulasi bahawa tarikh perkahwinan saya jatuh pada hari jadi saya. Itu tidak benar kerana saya akan sibuk dengan penggambaran di Perancis.
"Ada juga gosip kononnya saya akan berkahwin di Thailand. Tak mungkinlah," selorohnya.
Mengenai ABPBH2011, Fasha turut menerima pencalonan bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.
__________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN
- KERAJAAN TANGGUHKAN PERLAKSANAAN SBPA
- NASHA AZIZ SUDAH BERNIKAH DENGAN ‘TUAN HAJI’ DARI BRUNEI
- WARGA EMAS LUMPUH MENJADI MANGSA SERANGAN TIKUS
- SEORANG LELAKI MAUT, 5 CEDERA DALAM NAHAS LORI SAWIT DAN JIP
- AKTIVIS HAIWAN TIDAK PUAS HATI TIADA TINDAKAN TERHADAP PEMBUNUH ANJING DI COUNTRY HEIGHTS APARTMENT
- PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI TELEVISYEN,LEBIH BERISIKO DISERANG PENYAKIT JANTUNG
- FAZURA KERAP SINDIR NEELOFA DALAM TWITTER?
- ZIZAN AKAN TERBANG KE AS UNTUK MELEPAS RINDU PADA JULIANA EVANS
- MAYAT WANITA DI TEMUI DALAM BEG PAKAIAN
- SAINTIS RAMALKAN DUNIA SEMAKIN HAMPIR MENUJU KIAMAT|GAMBAR JAM KIAMAT
- GOSIP AJAI BERGAMBAR DENGAN WANITA LAIN|AJAI MAHU TAMBAH ANAK
- SONY TABLET S DI MALAYSIA FEB 2012
- WANITA CEDERA TERUK SELEPAS BERGELUT DENGAN DUA PENYAMUN DI LINTAS SQUARE, K.KINABALU
- UDANG DI DALAM LUBANG GUNUNG BERAPI[GAMBAR]
- DATUK SITI NURHALIZA BAKAL DIGANDINGKAN DENGAN NICHOLAS SAPUTRA DALAM FILEM KEKUATAN CINTA
Post Terkini Belalang
- Video Suprise Birthday Dahlia Teck Kepada Apek
- Rumah Wardina Dirompak Tiga Lelaki Bersenjata
- Kabinet Putuskan Tangguh Skim SBPA Sektor Awam
- Pelajar Tunggu Keputusan SPM Mati Dikelar
- Bahaya! Hati-hati Dengan Aplikasi ‘Remove Timeline’
- Perbalahan Rita Rudaini & Zaquan Di Twitter
- Majlis Fatwa Kebangsaan | Penggunaan Dakwat Kekal Harus & Dibenarkan
- Akibat Difitnah Khalwat | Ibu Tunggal Saman Malu
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
2 comments:
Hmmm.... Apo2 lah aiiii...
selamat berkahwin buat fasha..elok gak tu dia kawen dari mcm2 cerita buruk mengenai dia.
Post a Comment