Saturday, January 7, 2012

'UMMI, ABI LANGGAR AYAM KE MAK?'

07/01/2012-8:28pm

Salam.
Al Fatihah..dugaan dari Allah bermacam2 cara.....sentiasalah kita ingat betapa bertuahnya kita,bacalah sebagai ikhtibar bukan sebagai berita!

____________________________

‘Ummi, abi langgar ayam ke mak?’

07/01/2012

JEMPOL: Sebak perasaan kira-kira 100 tetamu yang berkampung di rumah Norazimah Abdol Aziz, 34, apabila tiga anaknya yang masih kecil sibuk bertanyakan kenapa rumah mereka dibanjiri ramai orang di Felda Gugusan Raja Alias Empat di sini, semalam, dan apabila diberitahu mengenai kematian ibu bapa mereka, anak sulungnya, Nor Dharwisya Batrisya Mohd Shahrin, 6, hanya diam membisu kerana tidak memahami.
Bagaimanapun, apabila dikhabarkan kedua-dua orang tersayang itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan, anak kecil itu hanya berkata: “Ummi (Norazimah) dan abi (Mohd Shahrin) langgar ayam ke mak“.

Itu saja kata-kata yang keluar daripada mulut Nor Dharwisya apabila diberitahu neneknya, Fatimah Nodin, 53, bahawa ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan di Kampung Gajah, Perak, semalam.
Fatimah yang dipanggil cucunya sebagai mak berkata, kematian anak sulungnya, Norazimah Abdul Aziz, 34, dan suami, Mohd Shahrin Ismail, 33, hanya diketahui kira-kira jam 8.30 pagi semalam, selepas menerima panggilan daripada polis.

Katanya, Nor Dharwisya Batrisya bersama dua lagi anak pasangan itu, Nor Damia Bashirah, 5, dan Mohd Danish Nazreem, 2, dijaganya sejak lahir, kerana ibu bapa mereka tinggal di Lumut, Perak.

________________ikhtibar________EnD
CERITA BARU ELLEN 


1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Ya Allah, sedihnya baca.... Besar betul dugaan mereka....