Saturday, January 7, 2012

THE BREAVER PASTI MENYENTAK PERASAAN

07/01/2012-03:18pm

Salam.
Pasti memainkan perasaan kerana ia produk Jodie Foster (aku memang minat kat lakonan dia- Panic Room/ The Flight tak silap..perghhh!) dan heronya Mel Gibson. Peminat heavy drama pasti teruja!

_____________________________________

Mesti Tonton: Konflik emosi ketua keluarga

2012/01/07

Foto Foto

INFO

Filem: The Beaver
Genre: DramaPengarah: Jodie FosterPelakon: Mel Gibson (Walter Black), Jodie Foster (Meredith Black), Anton Yelchin (Porter Black), Jennifer Lawrence (Norah), Cherry Jones (Vice President) dan Riley Thomas Stewart (Henry Black)
Tayangan: Mulai 5 Januari 2012

DIA berada di kemuncak kerjaya apabila mengepalai sebuah syarikat pengeluar mainan terkemuka. Kehidupan peribadi secara lahiriah juga kelihatan bahagia, punya isteri serta dua anak lelaki yang bekerja dari rumah mereka berbentuk roller coster. 

Namun, tekanan mental dan penyakit imsonia, selain perniagaan merudum dan diminta pindah keluar oleh isterinya, Meredith (Foster), membuatkan kehidupan seorang ketua pegawai eksekutif bernama Walter Black (Gibson) semakin kucar kacir hingga membawa kepada cubaan membunuh diri.

Usianya masih panjang tetapi kehadiran patung yang dikutip dari tong sampah mengubah suasana apabila Walter mula membina keyakinan diri selepas mula berinteraksi dengan teman baru dipanggil Beaver. Walaupun ramai pelik melihatnya berbicara menerusi patung dikatakan antara terapi doktor psikiatrik, banyak perubahan berlaku apabila dia lebih bermotivasi, bersemangat dan berkeyakinan. 
Hasil jualan produk mainan baru yang mengambil inspirasi Beaver naik mendadak, hubungan dengan isteri dan anak bongsunya, Henry kembali akrab, cuma masih wujud rasa dingin antaranya dengan Porter, anak sulung yang tidak menyenangi kehadirannya semula di rumah mereka.


Mengikuti semula perjalanan kronologi kisah bertunjangkan kekeluargaan ini, jelas mengangkat emosi seorang ketua keluarga yang cuba mencari jalan keluar daripada tekanan dengan mencipta karakter berlawanan daripada keadaannya. 
Gibson yang pernah berpasangan dengan Foster pada 1994 menerusi filem Maverick tidak mampu disangkal keupayaannya dalam menonjolkan kecelaruan emosi yang sarat duka dan kekeliruan.

Biar akhirnya segala-galanya seakan kembali kepada normal selepas ‘kemunculan’ Beaver, isterinya masih tidak dapat menerima hakikat Walter perlu menggunakan boneka sebagai terapi hingga suatu hari terbongkar rahsia sebenarnya ia atas kemahuannya sendiri, bukan atas nasihat psikiatrik.

Namun, biar terserlah jurang antara mereka, sebagai darah daging, Foster bijak mencuri babak untuk menunjukkan persamaan sikap serta perwatakan masing-masing sekali pun hubungan Walter dan Porter sangat dingin.

Sebagai remaja, Porter juga tidak dapat lagi daripada jatuh cinta malah secara tidak disedari dia yang bijak dalam pelajaran juga sukar menerima tekanan seperti bapanya apabila teman sekolah, Norah, mula menjauhkan diri sekali gus membuatkannya lebih suka menyendiri.

Barangkali ramai yang menganggap filem ini tidak jauh berbeza daripada drama kekeluargaan lain - kepincangan, perbalahan ideologi serta kurang kasih sayang yang membawa perpecahan antara mereka.

Hakikatnya The Beaver tampil bersama garapan satu persatu persoalan yang dicantum secara kemas, cuma mungkin dalam kisah ini hubungan dingin antara bapa dan anaknya tidak dikupas lebih mendalam selain permulaan babak pembukaan sedikit meleret.

Babak paling menyentuh naluri ialah saat Walter berbalah dengan Beaver hingga dia memotong tangannya sendiri semata-mata mahu membuang makhluk itu daripada kehidupannya.

Keputusan penuh emosi itu terpaksa diambil selepas dia merasakan Beaver tidak menyenanginya kembali kepada keluarga dan untuk ‘keluar’, dia perlu melakukan pengorbanan besar. 
___________________________End
CERITA BARU ELLEN 

visit here:
pakar kami:
stewardjohn.com(ask anything)

4 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Mcm best je cite tu, tv bape soy? :)

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy; wayanglah ..akupun kurang pasti tapi yg pastinya mesti best...!Jodie Foster tu..:)

Melati Qistyna's Mummy said...

Hehehe, wayang ek, ni dh kuor ni, nanti nak g layan lah.... :D

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;hehe..layan jangan tak layan....nnt citer ok!