19/02/2012-12:20amSalam.Aku terima ini sebagai berita baik!
________________________________________________________
KUALA LUMPUR: Kira-kira 8.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka menikmati kadar dividen lebih tinggi bagi tahun kewangan 2011, mungkin mencecah enam peratus berbanding 5.8 peratus pada 2010.
Sumber memberitahu Berita Harian, KWSP dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat berikutan suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik bagi tahun kewangan 2011.“Tidak pasti berapa kadar dividen yang bakal diumumkan... kemungkinan mencecah enam peratus,” katanya ketika dihubungi, semalam.Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan 2010, iaitu meningkat 15 mata asas, berbanding 5.65 peratus dibayar pada 2009.
Ia adalah bayaran dividen tertinggi oleh KWSP, iaitu RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding dividen RM19.37 bilion pada tahun sebelumnya.
Disember lalu, KWSP meraih pendapatan pelaburan RM6.8 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 18.32 peratus berbanding RM5.75 bilion yang dicatat pada suku sama 2010, didorong pulangan pelaburan ekuiti yang memberangsangkan.
Diperkukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli, Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata aset pelaburan KWSP terus meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion yang dicatatkan akhir 2010.
Sementara itu, sumber Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, mereka mengadakan pertemuan hampir tiga jam bersama KWSP semalam, bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk Skim Khas Pembiayaan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“KWSP secara terperinci menjelaskan skim itu kepada kepemimpinan tertinggi MTUC selain menegaskan ia tidak membabitkan pemberian pinjaman kepada individu.
“Selain itu, kita juga membincangkan perkara lain termasuk mengenai pelaburan KWSP... secara keseluruhannya MTUC berpuas hati dengan pertemuan bersama KWSP itu,” katanya. http://www.bharian.com.my/articles/DividenKWSPdijangka6peratus/Article _____________________________________________EnDMENARIK!!Air lombong tak selamat more news:http://suarabawahtanah.com
________________________________________________________
Dividen KWSP dijangka 6 peratus
2012/02/17
KUALA LUMPUR: Kira-kira 8.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka menikmati kadar dividen lebih tinggi bagi tahun kewangan 2011, mungkin mencecah enam peratus berbanding 5.8 peratus pada 2010. Sumber memberitahu Berita Harian, KWSP dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat berikutan suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik bagi tahun kewangan 2011.“Tidak pasti berapa kadar dividen yang bakal diumumkan... kemungkinan mencecah enam peratus,” katanya ketika dihubungi, semalam.Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan 2010, iaitu meningkat 15 mata asas, berbanding 5.65 peratus dibayar pada 2009.
Ia adalah bayaran dividen tertinggi oleh KWSP, iaitu RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding dividen RM19.37 bilion pada tahun sebelumnya.
Disember lalu, KWSP meraih pendapatan pelaburan RM6.8 bilion pada suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 18.32 peratus berbanding RM5.75 bilion yang dicatat pada suku sama 2010, didorong pulangan pelaburan ekuiti yang memberangsangkan.
Diperkukuhkan dengan aliran caruman bersih ahli, Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata aset pelaburan KWSP terus meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion yang dicatatkan akhir 2010.
Sementara itu, sumber Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, mereka mengadakan pertemuan hampir tiga jam bersama KWSP semalam, bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk Skim Khas Pembiayaan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“KWSP secara terperinci menjelaskan skim itu kepada kepemimpinan tertinggi MTUC selain menegaskan ia tidak membabitkan pemberian pinjaman kepada individu.
“Selain itu, kita juga membincangkan perkara lain termasuk mengenai pelaburan KWSP... secara keseluruhannya MTUC berpuas hati dengan pertemuan bersama KWSP itu,” katanya. http://www.bharian.com.my/articles/DividenKWSPdijangka6peratus/Article _____________________________________________EnDMENARIK!!Air lombong tak selamat more news:http://suarabawahtanah.com
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
1 comments:
Alhamdulillah... Rejeki... :)
Post a Comment