Wednesday, March 14, 2012

AL-FATIHAH BUAT DIRANG (ARWAH NURUL NADIRAH ABDULLAH)

14/03/2012-08:47pm

As-Salam
Al-Fatihah...Selamat sudah arwah dikebumikan,tentang alam akhiratnya janganlah dirisaukan....apa yang perlu difikirkan adalah tindakan2 abnormal manusia yang dipanggil makhluk yang termulia di bumi ini!

______________________________

Motif dendam

Rabu, 14 Mac 2012 



KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.
“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.
“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.


____________________(1)

Apa salah Dirang diperlaku kejam
2012/03/14

kejam nurul nadirah dirang mati dibakar 
Nurul Nadirah @ Dirang
PASIR GUDANG: “Saya tidak akan maafkan pembunuh Dirang yang kejam itu. Apa salah anak saya hingga dia diperlakukan sedemikian rupa, saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jika mahu wang, saya tidak punyai duit untuk bayar mereka,” luah ibu Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn Alan.

Roselyn, 25, yang ditemui di rumahnya di Flet Sri Delima di sini, berkata beliau reda dengan pemergian anaknya dan menerima kenyataan rangka manusia yang ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, 8 Mac lalu adalah Dirang berdasarkan ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia.


“Ya itu (rangka mayat) milik Dirang dan saya harap orang yang lakukan perbuatan kejam terhadap anak saya akan mendapat balasan yang sama. Saya tidak tahu kenapa mereka lakukan perkara ini. Saya harap orang yang melakukan perkara ini dapat dihukum seperti mana kesakitan yang dirasai anak saya.
“Saya seperti dapat merasakan kesakitan yang dialami Dirang dan perbuatan kejam tidak berperikemanusiaan ini tidak patut dilakukan terhadap kanak-kanak sekecil Dirang, “ katanya.

Roselyn berkata, beliau masih terkenang ketika sehari sebelum anaknya hilang, Dirang hanya makan sebungkus roti dan air kotak dan sikapnya riang seperti biasa.

“Malah ketika beliau bangun tidur kira-kira jam 11 pagi pada hari kehilangannya, Dirang bertanyakan sama ada saya sayang padanya dan saya menjawab sayang. Dirang kemudian memberitahu lapar sebelum ke kedai untuk membeli mi segera dan telur. Malah selepas saya menyerahkan wang RM4, dia terus memeluk dan mencium saya.

“Sebelum ini, Dirang pernah meminta saya membelikannya buku tulis kerana dia suka melukis, Dirang menyimpan impian untuk menjadi doktor tetapi saya tidak sempat memenuhi permintaannya,” katanya.


______________________________End

visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: